Tak macam dulu, MIG kini pentingkan pembangunan skrip, persiapan praproduksi filem diterbitkan: David Teo

MIG kembali menerbitkan filem selepas enam tahun menyepi dengan penerbitan Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu dan Dajal: Satu Malam Dipedajal

7:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas enam tahun menyepi, akhirnya syarikat produksi, Metrowealth International Group (MIG) memutuskan untuk kembali aktif dengan menerbitkan filem Melayu pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, keputusan itu diambil berdasarkan beberapa faktor temasuk perubahan filem tempatan dan trend semasa serta kurangnya jumlah geran dan dana filem yang diberikan kepada penggiat filem.

Malah dalam tempoh enam tahun ini, David memberitahu pihaknya menggunakan masa tersebut untuk mengkaji pasaran filem, penyampaian dan perubahan semasa.

MIG juga, katanya sudah menerbitkan 110 filem sejak 2000 dan pada tahun ini syarikat itu bercadang menerbitkan beberapa filem termasuk Jangan Pandang Belakang 2:Aku Tahu Asal Usulmu serta Dajal: Satu Malam Di Pedajal.

“Ketika ini berlaku pertukaran generasi penonton filem dan MIG sendiri sudah bersedia berdepan dengan segala perubahan malah saya terpaksa mendapatkan input daripada anak saya yang berusia 20-an menerusi kajian yang dijalankannya.

“Input-input tersebut digunakan dalam filem-filem yang sedang kami terbitkan pada tahun ini bermula dengan Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu serta Dajal: Satu Malam Dipedajal yang dalam pembikinan,’’ katanya.

Kata David, keputusan MIG untuk kembali menerbitkan filem didorong termasuklah perubahan pasaran filem tempatan dan trend semasa yang berlaku serta kurangnya jumlah geran atau dana filem yang diberikan kerajaan kepada penggiat filem. – Gambar MIG, 18 Julai, 2024

David juga menyatakan, kekurangannya pemberian geran atau dana daripada kerajaan kepada penggiat filem sekarang ini juga merupakan masa yang sesuai untuk MIG kerana tidak banyak persaingan di pasaran.

“Dulu MIG aktif terbitkan filem kerana geran atau dana tidak banyak diberikan tetapi apabila ia diberikan, banyak filem dihasilkan dan perlu bersaing di pasaran. Ia juga cukup mengelirukan penonton untuk membuat pilihan dan mereka tidak tahu filem yang baik atau yang buruk dan kebanyakan buruk yang lebih banyak,” katanya lagi.

Bagaimanapun David berkata, MIG tetap berhati-hati untuk melabur dan menerbitkan filem serta tidak mahu terikut dengan kejayaan syarikat produksi lain dalam menghasilkan filem

“Saya tidak percaya penghasilan filem menggunakan bajet besar, baru boleh buat filem bagus atau mesti cukup tempoh produksi yang lama, baru boleh buat filem bagus. Itu tidak penting.

“Yang penting adalah penceritaan haruslah mempunyai kelainan. Penceritaan juga harus bagus dan kuat sebelum penggambaran dimulakan dan bagi mencapainya, pembangunan skrip harus dilakukan.

“Kita mempunyai doktor skrip yang dipanggil Writer’s Room dan perkara ini memang dilakukan di luar negara termasuk platform OTT dan kita gunakan konsep yang sama.

“Dalam usaha membangunkan skrip ini, kita kena senarai pendek skrip dahulu sebelum penggambaran dimulakan dan ia tidak boleh diubah pada saat-saat akhir.

“Dulu saya tidak kisah dengan perkara sebegini, tapi sekarang saya pentingkan persiapan pra-produksi sebelum penggambaran bermula beserta skripnya,” katanya lagi. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related