Pelakon teater profesional masih terima bayaran ‘ciput’

Tidak hairan mengapa penggiat seni teater sukar untuk cari makan hingga terpaksa menjadikan kerjaya lakonan teater ini sebagai kerjaya kedua

5:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagai melukut di tepi gantang! Begitulah nasib dialami kebanyakan pelakon teater profesional di negara ini apabila masih menerima bayaran ‘ciput’ dalam beberapa pementasan yang dijayakan, walhal mereka sudah punya pengalaman luas dalam dunia teater.

Seorang pelakon teater berpengalaman yang pernah menjayakan sebuah pementasan teater berskala besar dengan memegang watak penting berserta dialog panjang, tetapi bayaran diterima kurang daripada RM2,000 dengan latihan cukup panjang serta tempoh pementasan lebih sehari.

Produser dan pengarah teater dari Persatuan Seni dan Budaya Redholah, Amirul Haswendy. – Gambar ihsan Amirul Haswendy, 15 Julai, 2024

Seorang lagi pelakon teater yang tidak terlalu baharu pula mengakui pernah menerima bayaran tidak masuk akal iaitu hampir RM150 untuk watak utama yang dipegangnya dalam sebuah pementasan teater.

Bagi watak-watak biasa yang berdialog pula, bayaran yang diterima dalam pementasan teater yang besar adalah sekitar RM300 untuk sesebuah pementasan.

Melihat bayaran ini, maka tidak hairan mengapa penggiat seni teater sukar untuk cari makan hingga terpaksa menjadikan kerjaya lakonan teater ini sebagai kerjaya kedua atau sebagai hobi dan terapi jiwa.

Produser dan pengarah teater dari Persatuan Seni dan Budaya Redholah, Amirul Haswendy berkata, dia tidak menafikan apabila memperkata mengenai sesebuah pementasan bersifat komersial, ia memang memerlukan daya ‘wow factor’ dari sudut penggunaan selebriti popular atau kesan khas hebat.

“Untuk mendapatkan ‘wow factor’, memang bajetnya besar. Samalah dengan konsep drama TV atau filem. Tetapi, pada masa yang sama, saya juga berpendapat sudah sampai masanya kita meletakkan satu standard harga atau ‘rate card’ bayaran seseorang pelakon teater supaya mereka dibayar dengan adil dan setimpal.

“Tapi, bayaran yang adil dan setimpal ini juga perlu bersesuaian dengan pengalaman, hebatnya mereka bermain teater serta seberapa penting atau tidak watak yang diberikan berserta dialognya,” katanya.

Pelakon yang turut bergiat aktif di dalam bidang teater, Along Eyzendy. – Gambar ihsan Along Eyzendy, 15 Julai, 2024

Pelakon, Along Eyzendy yang turut bergiat aktif di dalam bidang teater juga berharap agar bayaran untuk pelakon teater di negara ini dapat diperbaiki demi memastikan survival mereka dalam bidang tersebut.

“Isu mengenai bayaran ciput yang diterima pelakon industri ini sudah lama iaitu sejak saya bermain teater dari 1998 sehinggalah sekarang ini. Kasihan juga melihat nasib rakan-rakan pelakon teater.

“Itulah antara sebab mengapa saya terjun ke dunia lakonan drama TV selepas tamat pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Waktu itu saya berfikir jika mahu mendapatkan bayaran tinggi dalam dunia teater, saya perlu membina nama terlebih dahulu iaitu dengan menjadi pelakon drama dan filem.

“Andai kata dunia teater boleh menjadi sebuah industri, mungkin juga saya tidak akan terlibat dalam bidang lakonan di medium lain. Tapi, hendak buat macam mana, ini Malaysia,” katanya.

Along juga mengakui sering menyarankan kepada yang mahu mengambil jurusan lakonan teater di beberapa pusat pengajian tinggi supaya tidak hanya memikirkan soal untuk menjadi pelakon teater semata-mata.

“Saya sarankan supaya mereka menjadi pensyarah, pegawai kebudayaan atau guru seni. Itu jugalah yang saya terapkan pada anak saya yang kini mengambil jurusan lakonan teater di sekolah seni sekarang ini,” katanya. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related