Persembahan muzik tradisional ‘Sound of Malaysia’ pukau ribuan pengunjung Pavilion KL

Selepas mengadakan persembahan istimewa di Pavilion KL, 'Sound of Malaysia' akan dibawa menjelajah ke beberapa universiti termasuk UPM, UNIMAS dan UMPSA

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persembahan muzik tradisional ‘Sound of Malaysia’ daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dibawakan oleh Istana Budaya di Pavilion Kuala Lumpur (KL), Bukit Bintang malam tadi memukau ribuan pengunjung.

Program sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 itu bertujuan memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong dan rakyat tempatan, kata Konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria.

Berbeza daripada sebelum ini, konsep ‘OTM on the street’ ditampilkan sebagai platform terbaik untuk tarikan pelancong dan generasi muda.

Yazid bersama 22 orang pemuzik mempersembahkan gabungan alat-alat muzik tradisional Malaysia iaitu akordian, serunai, rebana, sape, sitar, seruling, gambus, keromong, rebana/darbuka, mandolin, yanqin dan caklempong.

“Inilah program yang kita akan bawa di masa akan datang untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Selepas program hari ini, OTM akan bawakan ‘Sound of Malaysia’ di beberapa universiti termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

“Program jangkauan ini berkonsepkan mentor-mentee dan bertujuan menarik minat generasi muda terhadap muzik tradisional,” kata Yazid pada program di Pavilion KL malam tadi.

Konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria berkata, program yang diadakan sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 itu bertujuan memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong dan rakyat tempatan. – Gambar Istana Budaya, 14 Julai, 2024

Persembahan tersebut diadakan dengan dua segmen iaitu ‘busking’ dan berkumpulan berkonsepkan ‘okestra jalanan’.

Konsep itu memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung untuk merasai nilai seni muzik tradisional Malaysia dengan lebih dekat.

Yazid berkata, program yang julung kalinya dipersembahkan kepada orang ramai itu mendapat sambutan luar biasa, membuatkan mereka merancang untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat lain.

Persembahan Yazid bersama 22 orang pemuzik dengan gabungan alat-alat muzik tradisional Malaysia iaitu akordian, serunai, rebana, sape, sitar, seruling, gambus, keromong, rebana/darbuka, mandolin, yanqin dan caklempong memukau pengunjung. – Gambar Istana Budaya, 14 Julai, 2024

“Kita nak promosikan budaya dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk orang ramai,” katanya.

Beliau turut memberitahu, busking dilihat sebagai medium yang berpotensi memperkenalkan muzik tradisional.

Konsep ‘okestra jalanan’ dan busking yang diadakan, selain persembahan tarian secara ‘flashmob’ memberi pengalaman baharu kepada pengunjung. – Gambar Istana Budaya, 14 Julai, 2024

“Busking sekarang ada di merata Malaysia terutama di bandar besar Kuala Lumpur dan diharapkan konsep busking ini akan dapat menaikkan lagi taraf busker di luar sana,” katanya.

Selain itu, penglibatan Artistana Istana Budaya yang mempersembahkan tarian secara ‘flashmob’ memberi pengalaman kepada pengunjung untuk turut serta menari bagi memeriahkan persembahan berdurasi sejam itu. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related