Kefahaman Kod Kandungan negara wajar diberi kepada pengamal industri filem: Mediha Mahmood

Pengetahuan itu menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk dapat memberikan rujukan kepada pemain industri kreatif hiburan mengenai apa sahaja konten mereka hasilkan

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bercadang mengadakan lebih banyak kolaborasi bersama penggiat filem Malaysia, bagi memberikan kefahaman dan penjelasan mengenai Kod Kandungan negara untuk pengamal industri.

Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, kolaborasi itu akan membabitkan badan berkenaan dengan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Menurutnya, kolaborasi bersama FDAM dan Finas adalah perlu, apatah setelah mendengar beberapa isu yang dibangkitkan karyawan filem dalam sesi Dialog Industri Kreatif di program Konvensyen FDAM 2024 baru-baru ini.

“Dalam sesi dialog berkenaan, banyak isu dibangkitkan, terutama mengenai ancaman kecerdasan buatan (AI) serta garis panduan dan sikap ‘double standard’ Lembaga Penapisan Filem (LFP), terhadap kandungan filem tempatan.

“Melalui sesi latihan Kod Kandungan ini, ia akan dapat memberikan rujukan kepada pemain industri kreatif hiburan mengenai apa sahaja konten yang mereka hasilkan, selain apakah standard amalan terbaik perlu dilakukan secara am.

“Kod Kandungan ini boleh diguna pakai untuk pengiklanan, penyiaran, digital dalam talian mahu pun filem. Sebab adakalanya, pengamal industri juga perlu memikirkan kandungan lain seperti promo untuk filem, drama atau telefilem atau kandungan secara digital dalam talian,” katanya.

Melalui Kod Kandungan itu juga, Mediha berharap, prinsip kawan kendiri kandungan dapat dilakukan pengamal industri.

“Kawal kendiri kandungan adalah masih baharu dan sebelum ini, kita hanya terbiasa dengan cara lama dan cuma bergantung harap dengan LPF semata-mata.

“Tetapi, kawal kendiri kandungan juga perlu menjadi tanggungjawab pengamal industri,” katanya.

Mengulas lanjut, Mediha berkata, pihaknya mahu mengadakan dialog dengan FDAM dan Finas mengenai isu berkaitan kandungan dan kemasyarakatan.

“Dengan adanya dialog seperti ini, ia setidaknya dapat memberikan pencerahan kepada pengamal industri mengenai babak di dalam drama atau filem yang patut dielakkan atau tidak.

“Misalnya, babak keterlaluan mengenai wanita atau yang menyentuh sensitiviti orang kurang upaya (OKU) serta kanak-kanak.

“Adakala, saya tidak salahkan pengamal industri kreatif hiburan andai mereka kabur dengan hal sebegini kerana mereka tidak diberitahu,” katanya.

Mengenai isu LPF, Mediha berkata, semua pihak perlu akur bahawa lembaga berkenaan memiliki mandat sendiri untuk menapis dan meluluskan filem berdasarkan garis panduan ditetapkan.

“Tapi, saya juga faham, mungkin cara pelaksanaan garis panduan terbabit tidak seragam. Jadi bagi saya, kita perlu bekerjasama dengan LPF untuk melihat penyelarasan piawaian kandungan yang boleh digunapakai semua pihak, membabitkan semua platform supaya tidak ada kekeliruan timbul dari sudut penapisan kandungan filem.

“Bahkan, perlu ada dialog bersama LPF untuk mencari kata putus bagi mencapai penyelarasan piawaian kandungan ini,” katanya. – 12 Julai, 2024

Gambar: Mediha Mahmood

Caption: CMCF akan bekerjasama dengan FDAM dan Finas bagi memberi kefahaman serta penjelasan mengenai Kod Kandungan negara untuk pengamal industri

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related