Isteri failkan cerai? Harith Iskander enggan komen

Jezamine melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan cerai ke atas Harith di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kira-kira sebulan lalu

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Harith Iskander, Dr Jezamine Lim telah memfailkan cerai ke atas pengarah filem serta ahli komedi tersebut.

Menurut laporan media, Jezamine melalui peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan cerai ke atas Harith di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kira-kira sebulan lalu.

Perkara tersebut disahkan sendiri Jezamine, namun pada masa yang sama enggan menyatakan sebab dan punca memfailkan perceraian tersebut.

Sementara Harith pula, enggan memberikan sebarang maklum balas mengenai tindakan Jezamine memfailkan cerai terhadapnya.

Namun, berita itu pasti memeranjatkan banyak pihak kerana pasangan selebriti ini sering dianggap pasangan yang bahagia dan cukup mengutamakan keluarga biarkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Harith, 58, dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2010.

Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu iaitu Zander Xyane, 14; Alessandra Jayne, 11, serta Zydane Zayne yang berusia 9 tahun. – 9 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related