Konvensyen FDAM 2024: Usaha mendedahkan peranan FDAM dalam membantu memajukan industri filem

Aturcara Konvensyen FDAM 2024 mempunyai elemen mencerakin isu-isu semasa berkaitan dengan penggiat seni dan industri perfileman

8:52 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Tujuh agenda menjadi pengisian utama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dalam penganjuran program Konvensyen FDAM 2024 yang julung kali diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), semalam.

Ia merupakan antara sesi Business Matching, BoothBooth, Apresiasi Filem, Masterclass, Open Casting, Wayang Pacak LED serta Dialog Industri Kreatif.

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, Konvensyen FDAM 2024 diadaan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya penggiat seni mengenai fungsi persatuan yang bernaung di bawah Finas.

“FDAM bukan sekadar persatuan yang dinaungi pengarah drama, dokumentari dan filem semata-mata, sebaliknya ia sebagai wadah Finas dalam menjaga dan memajukan industri perfileman, penerbitan kandungan digital serta yang paling utama penggiat seni bergelar pengarah.

“Ia turut membuktikan kerjasama terjalin selama ini sentiasa erat dan diperkukuhkan dalam memajukan industri perfileman dan kreatif secara bersama,” katanya.

Sesi Dialog Industri Kreatif Finas – FDAM menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood (kiri) dan Afdlin sendiri sebagai ahli panel – Gambar FDAM, 7 Julai, 2024

Atas sebab itu, kata Afdlin lagi, aturcara pengisian ini mempunyai elemen mencerakin isu-isu semasa berkaitan dengan penggiat seni dan industri perfileman serta pendedahan kepada perkara-perkara industri semasa.

“Tidak hanya itu, kita juga cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ahli serta penambahbaikkan yang perlu ada untuk memajukan industri perfileman selaras dengan slogan persatuan ‘Kreativiti Tanpa Sempadan’,” katanya.

Melalui sesi Business Matching, penggiat seni dan ahli FDAM berpeluang menjual proposal atau lebih dikenali sebagai pitching idea mereka kepada syarikat produksi yang terlibat seperti Viu, Unifi TV, iQiyi, Astro Shaw, Infinitus, KL Post, UUM Holding, Mache All Star, Global Station, Independent Pictures, 4Wward Pictures dan A. Aida Production.

Bagi Apresiasi Filem Imam, sesi perkongsian ilmu perfileman dilakukan bersama pengarah filem ini, Mior Hashim Manap, salah seorang pelakonnya adalah Noramin Mosyi Mosyi, pensyarah akademik, Raja Rajeswari Seetha Raman dan dikendalikan oleh, Faisal Chal Ahmad sebagai moderator.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tiga kiri) melawat studio penataan bunyi di FINAS ketika hadir melawat Konvensyen FDAM – Gambar FDAM, 7 Julai, 2024

Sesi Dialog Industri Kreatif Finas – FDAM pula menampilkan ahli panel berpengalaman dan berpengaruh dalam industri perfileman tanah air iaitu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia (CMCF) Mediha Mahmood.

Penggiat seni, ahli FDAM dan orang ramai juga berpeluang mencuba nasib sebagai pelakon filem mahupun drama menerusi sesi Open Casting iaitu uji bakat terbuka yang diadakan di Studio Ho Ah Loke.

Sesi Masterclass pula menampilkan empat pengarah filem ikonik Malaysia iaitu U-Wei Saari, Prof Mahadi J Murat, Datuk Yusof Haslam dan Adrian Teh yang berkongsi kejayaan mereka sebagai pembikin filem.

Penggiat seni dan orang ramai berpeluang merasai pengalaman silam menonton Wayang Pacak LED yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS menerusi filem Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Related