Siti Nurhaliza bangga anak saudara banggakan negara, menang pingat emas WCOPA

Umai yang merupakan anak sulung kepada penyanyi Siti Sairah Tarudin menang tempat pertama kategori 2024 Junior Champion Vocalist dengan mempertaruh lagu A Natural Woman

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meluahkan perasaan bangga di atas kejayaan anak saudaranya, Umai Umairah yang berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan nyanyian antarabangsa, World Championship of Performing Arts (WCOPA).

Pertandingan itu berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Berkongsi keterujaan itu menerusi laman Instagramnya, Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah di atas kemenangan Umai atau nama sebenarnya, Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah, tahniah Umai berjaya bawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,” katanya.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan penyanyi cilik itu yang mewarisi bakat nyanyian daripada ibu dan ibu saudaranya.

“Untuk usia sekecil ini nyanyian Umai sangat matang dan bagus. Teruskan Umai. Semoga adik dapat mewarnai industri hiburan kita nanti kerana bakat awak sangat besar,” kata @fairuzselamat.

“Tahniah Umai, terus melakar nama ya,” kata @izzarz.

“Meledak. First award dia international tau. Tahniah Umai, okay balik nanti buat single,” kata @daynekarap88.

Umai yang merupakan anak sulung kepada penyanyi Siti Sairah Tarudin menang tempat pertama kategori 2024 Junior Champion Vocalist dengan mempertaruh lagu A Natural Woman, nyanyian asal Aretha Franklin, dengan menewaskan finalis lain yang berasal dari Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pertandingan akhir itu, Umai menggayakan busana merah rekaan pereka fesyen tempatan, Razman Razmi.

Umai terlebih dahulu bersaing dalam lima kategori yang dipertandingkan iaitu Kontemporari, Terbuka R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat akhir menerusi kategori R&B bagi kategori 13 hingga 15 tahun. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related