Isteri komposer Pak Ngah meninggal dunia akibat kanser

Ketika hayatnya, Makngah bersama-sama Allahyarham Pak Ngah yang juga komposer lagu Cindai telah menubuhkan kumpulan Swatari

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis budaya dan primadona tari Melayu, Datin Sharifah Mahani Syed Kassim atau lebih dikenali sebagai Makngah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Setapak, kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Mak Ngah yang juga isteri kepada komposer terkenal, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) meninggal dunia akibat penyakit kanser kolon tahap empat.

Anak arwah, Megat ketika dihubungi Scoop berkata, ibunya mula menghidap kanser usus kira-kira lapan bulan lalu.

“Pelbagai rawatan telah dilalui tetapi tahap kanser ibu dikategorikan Advance Cancer dan atas faktor umur serta ketahanan badan, rawatan terpaksa dihentikan,” katanya.

Scoop difahamkan keadaan kesihatan arwah Makngah mula merosot sejak semalam dan doktor telah menyarankan agar ahli keluarga sentiasa bersamanya.

Ketika hayatnya masih ada, Makngah bersama-sama Allahyarham Pak Ngah yang juga komposer lagu Cindai telah menubuhkan kumpulan Swatari.

Bersama kumpulan ini, Makngah banyak menjelajah ke luar negara untuk mempromosikan seni budaya tari Malaysia.

Bahkan bersama Swatari juga, Makngah banyak melahirkan pelapis-pelapis penari dari kalangan generasi muda serta terus aktif membimbing bakat baru dalam bidang tarian.

Bertindak sebagai pengarah syarikat di Pakngah Productions Sdn Bhd, Makngah turut terlibat dalam penganjuran festival Citrawarna selama beberapa tahun sewaktu hayat Pak Ngah masih ada. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related