Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Sumber memaklumkan, Aliff terpaksa menjual rumah itu kerana dia tidak memiliki kapasiti untuk menjaga dan mempertahankan rumah tersebut

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Proses merobohkan rumah agam yang terletak di Petaling Jaya itu mencetuskan pelbagai sentimen dalam kalangan teman rapat Sharifah Aini.

Ada yang mengakui sedih melihat rumah agam itu dirobohkan kerana ia meninggalkan pelbagai kenangan buat mereka setiap kali menziarahi artis berstatus superstar itu.

Tidak kurang ada juga yang mempersoalkan mengapa ahli keluarga arwah tidak berusaha melakukan sesuatu untuk mengekalkan rumah agam itu sebagai simbol legasinya.

Malah ada berpendapat kerajaan seharusnya membeli rumah itu untuk dijadikan pustaka muzium yang menyimpan khazanah seni dan barangan peribadi beliau.

Usaha Scoop untuk mendapatkan kenyataan anak tunggal arwah iaitu Aliff Omar mengenai situasi terkini rumah agam tersebut tidak berhasil apabila dia enggan ditemu bual media.

Menerusi sumber yang boleh dipercayai, Scoop difahamkan, Aliff terpaksa menjual rumah agam itu kerana dia tidak memiliki kapasiti untuk menjaga dan mempertahankan rumah tersebut.

“Rumah itu terlalu besar dan kos penyelanggaraan juga besar. Untuk menjaga rumah itu, ia memerlukan bantuan beberapa pembantu.

“Aliff tidak mampu lakukannya dan kerana itulah dia mengambil keputusan untuk menjual rumah tersebut,” katanya.

Sumber itu juga memberitahu bahawa tiada sebarang tawaran diterima Aliff daripada pihak kerajaan untuk membeli dan mengambil alih rumah tersebut untuk dijadikan pustaka atau muzium Biduanita Negara itu.

“Malah, Aliff juga tidak berusaha mencuba untuk bertanya mengenai hal tersebut,” katanya lagi.

Sumber itu turut menjelaskan bahawa rumah tersebut dibeli oleh sebuah syarikat untuk tujuan komersil.

“Saya difahamkan syarikat tersebut turut membeli kawasan tanah yang terletak bersebelahan dengan rumah arwah.

“Nyata bukan rumah yang mereka inginkan tapi tanah di kawasan rumah arwah dan tanah di kawasan rumah bersebelahan,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related