Konsert Myacasa pengubat rindu peminat Fourtwnty di Malaysia

Fourtwnty akan turut berkongsi pentas dengan Charita Utami serta Zee Avi

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Buat kali keempat, kumpulan muzik Indonesia Fourtwnty menjadikan Malaysia sebagai venue pilihan untuk konsert mereka yang dijadualkan berlangsung pada 9 November ini di Megastar Arena, Kuala Lumpur. 

Konsert dianjurkan Nusantaiment dengan kolaborasi penganjur Malaysia Omni Mediaworks Sdn Bhd itu dijangka dapat mengubat rindu para peminat muzik Fourtwnty yang sentiasa menghadiahkan pengalaman konsert eksklusif, unik dan istimewa kepada penonton.

Menariknya, kali ini Fourtwnty membawakan tema istimewa MyAcasà – gabungan frasa  ‘My’ secara simbolik mewakili Malaysia dan ‘Acasà’, bahasa Romania yang bermaksud rumah –  sekali gus menggambarkan nilai kekeluargaan dan keharmonian antara Fourtwnty dan peminatnya di Malaysia.

Vokalis Fourtwnty Ari Lesmana yang menyifatkan konsert itu sebagai ‘pertemuan semula selepas lama berpisah’, turut berharap persembahan mereka kelak akan memberikan rasa ‘kekeluargaan’ kepada peminat di Malaysia.

“Myacasà’ melambangkan keselesaan bersama, kehangatan keluarga dan perasaan pulang ke rumah. Kita akan menikmati konsert ini dalam suasana kekeluargaan, dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga, dan orang-orang  tersayang,” katanya pada sidang media Myacasa: Fourtwnty Live in KL, di sini baru-baru ini.

Menjanjikan kelainan pada konsert itu, Ari turut berharap kumpulan tersebut akan terus diterima baik oleh peminat mereka di Malaysia.

Sementara itu, Pengasas Nusantaiment Syai Nick berkata penganjuran konsert tersebut juga atas dasar hubungan rapat yang terjalin di antara dua negara selama ini, selain yakin kumpulan berkenaan mampu menyampaikan persembahan yang ikhlas dan berkesan buat peminat. 

“Dengan tema ‘MyAcasà,’ Nusantaiment ingin menekankan bahawa Malaysia adalah ‘rumah kedua’ bagi Fourtwnty. (Tema) ini mempunyai makna yang besar buat kumpulan dan peminat mereka di Malaysia, kerana ia melambangkan hubungan istimewa yang mereka miliki. 

“Bagaimanapun, Indonesia, Singapura, dan Brunei tidak terkecuali dan ini sebagai bukti keupayaan kami menyatukan komuniti yang pelbagai melalui muzik Fourtwnty,” katanya, menambah buat pertama kali di Kuala Lumpur, kumpulan itu akan berkongsi pentas dengan Charita Utami mempersembahkan lagu Mangu. 

Selain itu, penyanyi Malaysia Zee Avi yang terkenal dengan lagu  ‘Kantoi,’ juga akan turut serta dalam konsert tersebut. 

Tiket yang berharga  RM148 hingga RM298 mula dijual hari ini menerusi platform rasmi www.ticketempire.com. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related