Pradeep Kumar bakal gegar Axiata Arena dengan barisan 24 pemuzik klasik, Sabtu ini

Pradeep adalah penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, penulis lirik lagu dan pengarah  muzik India Selatan, Pradeep Kumar bersama barisan 24 pemuzik klasik serba boleh bakal mengegarkan pentas Axiata Arena di sini dengan persembahan konsert, Sabtu ini.

Artis berusia 38 tahun yang telah membuat persembahan di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, merupakan penyanyi India Selatan pertama berkolaborasi dengan kumpulan besar pemuzik klasik di negara ini.

Pradeep berkata beliau sangat teruja untuk berkongsi pentas dengan Datuk Mus & Friends pada skala yang lebih besar tahun ini.

“Pada konsert saya sebelum ini pada 2022 dan 2023, saya pernah membuat persembahan bersama Datuk Mus Quartet yang hanya mempunyai lima artis orkestra tetapi kali ini saya sangat teruja untuk mempunyai 24 pemuzik klasik di atas pentas bersama saya.

“Jumlah kasih sayang dan sokongan yang saya terima daripada peminat di Malaysia amat menggalakkan dan saya percaya konsert ini bakal menjadi hadiah yang sempurna untuk mereka kerana ia akan menjadi gabungan simfoni,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau menjanjikan perminatnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan visual dan audio yang cukup mempersonakan hadiran dari seluruh negara.

Konsert itu juga akan diserikan dengan persembahan bakat lain dari India seperti Anthony Daasan, Kalyani Nair, Rithu Vysakh, Ashwin Suresh, Shallu Varun, Amrit, Bharath Sankar, Jhanu Chanthar dan Tapass Naresh.

Sementara itu, selaku penganjur konsert itu, pengasas bersama Yayasan Aakaar, S.Vinoth Kumar berkata konsert tahun ini pastinya unik berbanding sebelum ini dengan persembahan boneka tradisional dan wayang kulit sebagai pembuka tirai konsert.

“Ia adalah inisiatif yayasan untuk mempromosikan seni tanah air yang dilihat semakin luntur dari pandangan dan pandangan generasi ini,” katanya.

Menurutnya konsert bertenaga yang bermula jam 7 malam Sabtu ini dijangka dihadiri 10,000 peminat.

Yayasan itu juga cuba menampilkan kelainan dengan menganjurkan konsert berkonsepkan kelestarian iaitu antara lain mengurangkan penggunaan plastik.

Pradeep menempah nama dalam dunia nyanyian menerusi filem Tamil 2010, ‘Enthiran’ apabila mendendangkan beberapa lagu gubahan komposer tersohor AR Rahman.

Sehingga kini, Pradeep telah merakamkan lebih 100 lagu dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Hindi. 

Beberapa tiket untuk konsert ‘Naan Pradeep Kumar’ masih tersedia untuk direbut di https://www.ticket2u.com.my/event/34388/naan-pradeep-kumar. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related