Kembali mengarah drama kepolisian baharu, Yusof Haslam pilih Shah Iskandar, Puteri Sarah terajui Polis Peronda

Selain Puteri Sarah Liyana dan Shah Iskandar, Polis Peronda turut dibintangi Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada istilah berhenti mengarah buat Datuk Yusof Haslam dan buktinya beliau tampil dengan karya drama kepolisian baharu, Polis Peronda yang mengangkat Shah Iskandar dan Puteri Sarah Liyana sebagai teraju utamanya.

Berbeza dengan drama kepolisian diarahkannya sebelum ini, Polis Peronda mengisahkan mengenai kerjaya Unit Kereta Peronda (Unit MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia yang berdepan pelbagai senario mencabar dalam tugasan seharian mereka.

“Sejak hampir 40 tahun saya menerbitkan drama kepolisan, belum pernah ada drama yang memaparkan kisah polis peronda secara mendalam. Polis peronda adalah ‘front liner’ dalam jabatan polis, yang biasanya sampai ke lokasi jenayah atau kemalangan lebih awal.

“Drama ini mengupas peranan dan kehidupan mereka, memperlihatkan masalah dan cabaran harian yang dihadapi, termasuk konflik keluarga dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Bukit Aman dan IPD Gombak, khususnya ACP Arifin, atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini,” katanya.

Drama siri ini yang diterbitkan Skop Productions Sdn Bhd dihasilkan sebanyak lima episod bersempena dengan bulan istimewa TV3, ‘Inspirasi Generasi’, khusus buat penonton yang setia mengikuti kandungan stesen televisyen tersebut sepanjang 40 tahun bersiaran.

Diarahkan Yusof bersama anaknya, Syafiq dan C. Kumaresan, Polis Peronda turut dibintangi Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Drama tersebut tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi dihadapi setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman dan moraliti.

Dapatkah pasukan Unit MPV dan URB ini membongkar sindiket jenayah jalan raya yang berleluasa dan menjaga keselamatan komuniti?

Nantikan drama siri Polis Peronda ini bermula 28 Jun 2024, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di TV3. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related