Kerana watak ganas, Aeril Zafrel masuk kelas lakonan demi dapatkan mood

Kelas lakonan itu juga disertainya kerana dia sudah dua tahun tidak berlakon

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aeril Zafrel mengakui terpaksa mengambil kelas lakonan selama dua minggu semata-mata mahu mendapatkan mood bagi menghayati watak Puzo dalam filem pertama terbitannya, Abnormal: Buas yang bergenre aksi thriller.

Bercakap kepada Scoop, Aeril berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana dia sudah dua tahun meninggalkan dunia lakonan demi memberikan tumpuan kepada perniagaan diusahakan bersama isterinya, Wawa Zainal yang turut berlakon dalam filem tersebut.

“Lepas dua tahun tak berlakon, nak dapat balik mood berlakon memang satu cabaran besar. Sebab watak yang saya bawakan dalam filem ini agak berat.

“Jadi untuk mendapatkan mood dan momentum lakonan, saya terpaksa masuk kelas lakonan semula,” katanya.

Mengulas mengenai wataknya sebagai manusia yang bersifat ‘kebinatangan’, Aeril berkata, sukar baginya untuk menghuraikan mengenai watak Puzo dibawanya itu.

Mengulas mengenai wataknya sebagai manusia yang bersifat ‘kebinatangan’, Aeril berkata, sukar baginya untuk menghuraikan mengenai watak Puzo dibawanya itu – Gambar ihsan, 15 Jun, 2024

“Kalau melihat latar belakangnya, dia mempunyai trauma masa silam kerana sering nampak ibunya membunuh orang di matanya.

“Kemudian, dia menyertai agensi rahsia E-1 dan dilatih sebagai pembunuh upahan yang ganas. Dia jadi buas bukan di atas kemahuannya. Tapi, dia memang sudah dilatih begitu dan dia tidak punya perasaan.

“Jadi, watak saya ini memiliki banyak lapisan. Boleh jadi ganas, boleh jadi normal dan boleh jadi keanak-anakan,” katanya.

Tambah Aeril lagi, dia tidak mempunyai apa-apa rujukan untuk menjayakan watak ganas tersebut.

“Saya cuma fikir, apa yang saya perlu buat dan saya pun buat saja. Ada juga beberapa filem yang saya tonton tetapi tidak ada satu pun sama dengan watak yang saya bawakan itu. Ia lebih kepada diri sendiri,” katanya.

Aeril bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaaan sewaktu melakukan babak aksi di dalam filem tersebut.

“Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku kepada saya dan Wawa. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Tiada kecederaan yang berlaku.

“Tapi, filem ini memang banyak menguji kekuatan mental kami semua kerana penggambaran filem ini dilakukan selama 18 hari dan perlu lakukan banyak babak aksi.

“Ia memang sangat memenatkan, sampai saya sendiri pun demam sebab terlalu penat dan badan pun jadi sakit-sakit,” katanya.

Walaupun teramat penat, Aeril bagaimanapun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaaan sewaktu melakukan babak aksi di dalam filem tersebut – Gambar ihsan, 15 Jun, 2024

Bagaimanapun, Aeril berkata, dia berterima kasih kepada Allahyarham Azhari Zain kerana tidak putus-putus memberikan kata semangat sehingga mereka berjaya menyelesaikan penggambaran filem tersebut.

“Tapi, semuanya dipermudahkan dan hal ini tidak akan terjadi jika pengarahnya, Allahyarham Azhari Zain tidak memberikan kata-kata semangat untuk kami habiskan penggambaran setiap hari walaupun sudah jam 4 pagi,” katanya.

Selain Aeril, Abnormal: Buas turut dibintangi Shaheizy Sam, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Wawa Zainal, Johan As’ari, Kodi Rasheed, Wawa Zainal serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (anak Aeril dan Wawa).

Ia turut menghimpunkan pelakon legenda seperti Ahmad Yatim, Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta Jalil Hamid.

Filem Abnormal: Buas yang berklasifikasi tontonan 16 ke atas bakal ditayangnya secara rasmi di pawagam pada 22 Jun ini, mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ setelah mereka terlepas daripada belenggu kemanusiaan. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Popular

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysia’s doubles future

BAM allows new men’s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

Related