Konsert David Foster: Siti Nurhaliza enggan komen

Menurut pihak pengurusan Siti Nurhaliza, mereka tidak mahu memanjang polemik menerusi sebarang kenyataan

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mengulas mengenai penglibatan penyanyi berkenaan dalam persembahan Hitman Returns – David Foster and Friends yang dijadualkan malam ini di Jakarta.

Ini kerana mereka tidak mahu polemik berkenaan berpanjangan menerusi sebarang kenyataan yang dikeluarkan.

“Terima kasih kerana memahami,’’ kata wakil pihak pengurusan Siti Nurhaliza ketika dihubungi Scoop.

Terdahulu, BDS Malaysia menyifatkan keputusan penyanyi nombor satu negara itu untuk mengadakan persembahan malam ini sebagai sangat mengecewakan.

Pertubuhan itu berkata, ini kerana penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada itu adalah seorang yang kuat menyokong rejim Zionis.

Ia juga mengakibatkan rata-rata peminat Siti Nurhaliza meminta penyanyi itu menarik diri daripada tampil di acara itu.

Sambil menyifatkan masih belum terlambat, mereka berkata penyanyi itu mempunyai keputusan besar yang perlu dibuat dan ia adalah satu kewajipan, bukan pilihan lagi terutama apabila melibatkan kekejaman Israel. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related