ASA 2024 perkenal kategori baharu ‘Podcast Terbaik’, hanya untuk penyiar audosiar yang berdaftar dengan MCMC

ASA 2024 mempertandingkan 60 kategori iaitu 40 kategori TV, 16 kategori radio dan empat kategori media baharu termasuk dua kategori khas, Anugerah Khas Juri serta Tokoh Seri Angkasa

7:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Podcast Terbaik merupakan kategori terbaharu yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA) 2024 bersama 60 kategori lain yang akan dipertandingkan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching yang berkata, pihaknya menjangkakan jumlah penyertaan yang tinggi, memandangkan podcast kini adalah media baharu yang popular.

“Podcast adalah satu trend baharu dan sangat popular serta memiliki banyak konten yang bagus dan apabila menyentuh mengenai anugerah, kita perlu mengiktiraf peranan yang dimainkan media baharu.

“Sebab itu, masanya dah sesuai untuk beri pengiktirafan kepada podcaster yang berkualiti tinggi. Apabila ada kategori media baharu begini, formatnya juga akan berubah.

“Namun, buat masa ini, kita hanya akan tumpukan pada satu kategori untuk semua jenis konten podcast dan kita akan mewujudkan beberapa kategori lagi untuk podcast ini pada masa akan datang,” katanya pada Sidang Media Pencalonan ASA 2024 di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan ASA 2024, Norhadznita Mohammad Ilham berkata, pihaknya akan meneliti mengenai cadangan Dana Kandungan Kreatif untuk kategori Podcast Terbaik.

“Sebenarnya pada 2022, kita sudah mulakan dengan memberikan Dana Kandungan Digital yang kini dikenali sebagai Dana Kandungan Kreatif.

“Kita sudah mula beri Drama Terbaik dan Dokumentari Terbaik. Jadi, mungkin Podcast Terbaik juga, kita akan teliti.

“Anugerah ini akan ditambah baik sampai ia jadi yang terbaik. Bahkan, sekarang pun, anugerah ini bukan melihat kepada populariti tapi kualiti,” katanya.

ASA 2024 anjuran KKM yang diadakan dua kali setahun mempertandingkan 60 kategori yang mana kategori Podcast Terbaik menjadi kategori baru yang disenaraikan, namun hanya terbuka kepada penyiar audiosiar berdaftar dengan MCMC. – Gambar Kementerian Komunikasi, 14 Jun, 2024

Menurut Norhadznita, jika mana-mana peserta dicalonkan ke ASA 2024, mereka boleh disifatkan berada pada tahap yang tinggi kerana pakar-pakar dalam industri penyiaran dan kreatif, akademik serta agensi kerajaan.

ASA 2024 mempertandingkan 60 kategori iaitu 40 kategori televisyen (TV), 16 kategori radio dan empat kategori media baharu.

Selain itu, dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa juga ditampilkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62 kategori.

Kategori Podcast Terbaik bagaimanapun hanya terbuka kepada penyiar audiosiar yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pencalonan ASA 2024 akan dibuka selama dua minggu bermula 1 hingga 15 Julai.

Syarat utama penyertaan ialah semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran yang berlesen dan pertama kali disiarkan di stesen penyiaran dan platform media baharu dalam tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 31 Disember tahun lalu. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related