Cerai talak satu dengan Aliff Aziz, Bella Astillah ungkap ‘berakhirlah kisah kami di sini’

Bella sebelum ini telah memfailkan cerai pada 11 Mac lalu ekoran tiada persefahaman dan kasih sayang di dalam hubungan rumah tangga mereka

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya rasmi berpisah selepas Aliff melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.

Bella sebelum ini telah memfailkan cerai pada 11 Mac lalu ekoran tiada persefahaman dan kasih sayang di dalam hubungan rumah tangga mereka.

Tindakan memfailkan cerai terhadap Aliff juga dilakukan selelas suaminya didakwa atas kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium di ibu negara.

Ekoran itu, ia bukan sahaja membawa keretakan hubungan Bella dan Aliff tetapi juga telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Antaranya, pendedahan seorang wanita dari Singapura bernama Sarah Yasmin yang mengakui dia menjalin hubungan dengan Aliff serta mendakwa artis lelaki itu dan Ruhanies cuba menutup kisah skandal mereka kepada Bella dan umum.

Bella melalui IG storynya berkata, perceraian kali kedua bersama Aliff banyak memberi pengajaran kepada dirinya agar tidak mencintai seseorang terlalu dalam.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam. Jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.

“Berakhirlah kisah kami. Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah suatu kesilapan akan tetapi, pilihan.

“Saya selalu impikan rumah tangga yang kekal tetapi apabila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya beri, namun, pada akhirnya, saya tidak mampu melawan takdir,” katanya.

Dia juga mendoakan agar kehidupan barunya bersama anak-anak dipermudahkan serta cuba sebaik mungkin menjadi ibu yang terbaik untuk mereka.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan-rakan industri, media dan semua pengikut yang mendoakan kami semua,” katanya. – 13 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related