Mahu ubah persepsi pawagam tempat maksiat, Mawi ajak geng surau, masjid tonton Zim Zim Ala Kazim

Biarpun bersaing dengan filem mega luar dan tempatan berbajet besar, Mawi percaya, ramai pengikut Ustaz Kazim akan tertarik menontonnya

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi bergelar pengarah filem dan penyampai radio, Asmawi Ani atau Mawi berharap filem terbitan serta arahan ketiganya, Zim Zim Ala Kazim yang menampilkan Ustaz Kazim Elias sebagai teraju utama, menarik lebih ramai ‘orang surau atau masjid’ untuk menontonnya di pawagam.

Bercakap kepada Scoop, Mawi berkata, melalui pengalamannya bercampur pelbagai golongan masyarakat, termasuk orang surau dan masjid, memang ada antara mereka berpendapat, menonton wayang adalah dosa besar.

“Saya tidak menolak mentah-mentah kenyataan mereka ini atau cara mereka berfikir yang sebegitu, tetapi bagaimana nak mangajak geng-geng surau atau masjid ini untuk tengok wayang?

“Di sinilah cabarannya dan persepsi bahawa panggung wayang adalah tempat maksiat juga, seharusnya kita buang kerana hal tersebut bergantung kepada cerita yang mereka tonton.

“Tapi, bila mereka tengok Ustaz Kazim sendiri berlakon dalam Zim Zim Ala Kazim, sekurang-kurangnya mereka tahu jenis kandungan dipaparkan dalam filem ini dan tidak rasa berdosa menontonnya kerana banyak pengajaran serta mesej berguna diselitkan kepada penonton,” katanya pada tayangan malam gala filem Zim Zim Ala Kazim.

Biarpun terpaksa bersaing dengan filem mega luar dan tempatan berbajet besar, Mawi percaya ramai pengikut penceramah dan pendakwah bebas tersebut yang tertarik menonton karyanya itu di pawagam.

Biarpun terpaksa bersaing dengan filem mega dari luar negara, Mawi percaya, Zim Zim Ala Kazim yang mula ditayangkan di pawagam pada 13 Jun ini akan menarik kehadiran pengikut pendakwah serta penceramah bebas popular itu. – Gambar PR, 8 Jun, 2024

“Saya biasa dengar ceramah Ustaz Kazim dan saya pasti kisah Kazim disihir, ada yang tahu dan ada juga tak tahu. Itu adalah faktor utama yang menjadi tarikan penonton ke panggung.

“Yang pastinya, golongan pengikut Ustaz Kazim ini terdiri daripada mak mak atau ayah ayah. Jadi, saya harapkan mereka yang akan datang tengok filem ini nanti. Mungkin mak dan ayah tidak mahu ke panggung, tapi anak-anak kena bawalah,” katanya.

Mawi juga yakin bahawa momentum masyarakat yang kembali berminat menonton filem tempatan di pawagam, akan memberikan tempias positif buat filemnya itu.

“Cuma filem saya ini bajetnya memang kecil iaitu sebanyak RM650,000 sahaja. Sebab pada asalnya, saya mahu buat kisah Ustaz Kazim ini untuk supertele bagi tayangan di platform Over The Top (OTT).

“Tapi, bila hampir 90% rakan di sekeliling saya termasuk dalam kalangan penggiat filem sendiri memberitahu ia mempunyai potensi untuk dimainkan di panggung, jadi saya buatlah Zim Zim Ala Kazim ini dalam bentuk filem.

“Sebab itu dari awal-awal lagi saya beritahu filem ini bajet rendah dan memang dihasilkan untuk supertele sebenarnya kerana saya tidak mahu orang bandingkan ia dengan filem Sheriff atau The Experts yang bajetnya berjuta,” katanya.

Memandangkan filem itu pada asalnya dihasilkan untuk supertele, ia hanya menggunakan bajet kecil iaitu RM650,000. – Gambar PR, 8 Jun, 2024

Mawi juga merancang mengadakan tayangan khusus untuk semua golongan pendakwah pada 10 Jun ini.

Selain Kazim dan Mawi, Zim Zim Ala Kazim yang dibintangi Bell Ngasri, Anas Tahir, Shanthesh Kumar, Elvina Chua, Syanie Hashim, Zarina Anjoulie, Iqram Dinzly serta Rosnah Johari bakal ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 13 Jun ini.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal, sebelum menemukan sesuatu pelik.

Mereka kemudian mendapati Kazim berada dalam keadaan bahaya dan mahu menyelamatkan beliau. – 8 Jun, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related