Biarpun bersaing dengan filem Thailand, Memoir Seorang Guru berjaya raih kutipan RM750,000 selama 7 hari

Penerbit Memoir Seorang Guru, Datuk Arisz Ab. Rahman percaya kutipan filem itu mampu pergi lebih jauh lagi

6:35 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Persaingan dengan filem dari Thailand yang bergenre sedih telah menggugat kutipan filem tempatan, Memoir Seorang Guru di pawagam, kata produsernya, Datuk Arisz Ab. Rahman.

Bercakap kepada Scoop, Arisz yang kini berada di Madinah berkata, filem Thailand, How To Make Millions Before Grandma Dies ditayangkan di pawagam pada hari sama dengan Memoir Seorang Guru yang diadaptasi daripada novel sasterawan negara, Allahyarham Azizi Abdullah.

ā€œKebetulan filem itu memang meletup di Indonesia dan promosi pawagam juga lebih banyak tertumpu kepada filem Thailand itu.

ā€œTetapi, kita juga ada membuat promosi sendiri di media-media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram, cuma ia tidak tular di akaun-akaun media sosial yang mempunyai ramai pengikut.

ā€œKita juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem Memoir Seorang Guru di pesta buku baru-baru ini.

ā€œWalaupun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak membantu dari sudut dana pemasaran, tetapi mereka bantu kita menerusi slot tayangan di beberapa stesen televisyen serta radio tempatan,ā€ katanya.

Sejak mula ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 30 Mei lalu, Memoir Seorang Guru arahan Kyoll Hamzah berjaya meraih kutipan RM750,000 dalam masa tujuh hari.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (lima, kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (empat, kanan) hadir pada Malam gala serta tayangan perdana filem Memoir Seorang Guru bulan lalu. – Gambar ihsan, 7 Jun, 2024

ā€œSebagai seorang ahli perniagaan, saya mengharapkan kutipan filem yang lebih lagi untuk Memoir Seorang Guru.

ā€œWaktu kita buat filem Duan Nago Bogho yang ditayangkan pada tahun lepas, kita dapat kutipan sebanyak RM1.2 juta. Dengan pencapaian kutipan setakat tujuh hari, kita percaya kita boleh buat kutipan yang lebih lagi untuk Memoir Seorang Guru,ā€ katanya.

Arisz bagimanapun berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat menggerakkan guru-guru dan pelajar menonton filem ini.

ā€œSyarikat korporat serta alumni sekolah juga boleh memainkan peranan masing-masing untuk menggalakkan lagi tontonan Memoir Seorang Guru dalam kalangan pelajar,ā€ katanya.

Jelas Arisz lagi, semua bentuk promosi filem Memoir Seorang Guru telah diusahakan sedaya mungkin dengan bajet terhad.

Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang Cikgu Sunan yang menentang keras anak perempuannya, Kamariah meneruskan cita-cita untuk menjadi guru kerana tidak mahu perkara yang membelenggunya sehingga bersara terjadi kepada anak kesayangannya. – Gambar Facebook, 7 Jun, 2024

ā€œNamun, faktor masa dan sokongan penonton menjadi penentu. Promosi adalah bahagian paling penting, namun ia bukan penentu utama kejayaan sesebuah filem dari sudut kutipan kerana ada juga filem dengan jutaan bajet gagal di pawagam.

ā€œMemetik kata-kata Datuk Yusof Haslam, tayangan filem di pawagam sangat unik. Kualiti filem tidak menjamin ramai penonton. Ia bergantung pada ‘luck’ dan rezeki,ā€ katanya.

Memoir Seorang Guru arahan pertama Kyoll Hamzah dibintangi Nabila Huda, Johan Asā€™ari, Trisha Ooi, Ellie Suriary Omar, Zul Huzaimy, Jesse Lim, Hariz Hamdan, Kiky Hannah, Danish Zamri, Baqir Jamalullail, Hafiy Al Tamis, Dhiya Raidah serta Rafique Iskandar.

Filem ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama dengan watak Cikgu Sunan yang ditugaskan mengajar di sebuah sekolah pedalaman dan menjadi guru di kelas paling corot. ā€“ 7 Jun. 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Popular

Let us not forget our unsung heroes ā€“ Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

ā—‰ Related