Saya cemburu, namun Rosyam Nor akui Nas-T sebagai Keluang Man pilihan tepat!

Rosyam memegang watak sebagai Ahmad iaitu mentor kepada Borhan atau Keluang Man di dalam filem adiwira yang diangkat daripada siri animasi yang pernah popular lewat era 90-an

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penerbit, pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor mengakui cemburu apabila Nas-T dipilih memegang watak utama sebagai adiwira tempatan, Keluang Man dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw.

Menurut Rosyam kepada Scoop, jika dia masih muda, sudan pasti dia akan cuba merebut watak adiwara popular itu yang diadaptasi daripada siri animasi 2D yang pernah diterbitkan dari tahun 1998 sehingga 2005 di TV1.

“Saya cemburu usia. Zaman saya dulu tidak ada filem adiwira kerana tiada pelaburan besar untuk buat filem sebegini.

“Jadi, saya bagi kata pada Nas-T, ini adalah kesempatan terbaik untuknya menjadi sosok hero yang hebat pada masa akan datang. Ini ibarat anugerah Tuhan. Jadi jangan persia-siakan peluang mencipta jenama Nas-T supaya nampak besar di dalam industri ini,” katanya.

Dipertanggungjawabkan membawa watak Ahmad iaitu mentor kepada Borhan atau Keluang Man, Rosyam memberitahu ketika menjayakan salah satu projek Original Series Astro, dia didatangi pengarah Anwari Ashraf yang itu sedang mencari pelakon Keluang Man.

“Saya ada cadangkan beberapa nama. Langsung tidak terfikir mengenai Nas-T kerana dia sudah lama hilang dari radar lakonan.

“Tapi, bila saya tengok dia dipilih, saya rasa ia satu pilihan yang tepat. Dari segi susuk badan dan bentuk wajah, ia memang pilihan yang tepa sekali.

“Saya sendiri tidak nampak pelakon lain yang sesuai membawakan watak itu. Dia juga begitu komited dengan kerjanya dan berbulan-bulan dia berlatih untuk kekalkan sosok badannya yang cantik.

“Saya pasti anak-anak kecil dan muda atau yang sudah dewasa hari ini pernah mengikuti siri animasi adiwara ini suatu ketika dahulu, pasti ingin lihat kemunculan Nas-T sebagai Keluang man,” katanya.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Ahmad pula, Rosyam berkata, dia sangat berbangga kerana pada usia mencecah 57 tahun, dia telah diberikan peranan besar di dalam filem adiwira tempatan yang mega itu.

“Penampilan Ahmad di dalam filem ini sangat hebat. Berbeza dengan apa yang disaksikan di dalam siri animasinya. Ia mempunyai wardrobe dan kelengkapan hebat.

“Wajarlah jika ada penambahan atau pembaharuan jika ia difilemkan dan saya juga ingin berterima kasih kepada Anwari kerana memenuhi permintaan saya untuk menjadikan watak Ahmad ini di tahap yang lebih berkelas lagi.

“Kemunculan Ahmad sememangnya satu kemunculan yang agak hebat. Itulah yang membuatkan Borhan (Keluang Man) di waktu kecil terpesona dengan Ahmad dan menjadikan Ahmad sebagai mentornya. Saya harap dapat realisasikan watak Ahmad dengan baik,” katanya lagi. – 5 Jun, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related