Karyawan filem harap kerajaan kembalikan dana filem kenegaraan dalam Bajet 2025

Sokongan dana kerajaan amat diperlukan kerana penghasilan filem kenegaraan tidak menguntungkan dari sudut nilai komersil

4:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Saranan Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki agar kesemua geran perfileman disalurkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ditumpukan kepada filem kenegaraan, disambut baik karyawan filem tempatan.

Bercakap kepada Scoop, pengarah filem, Datuk Jurey Latiff Rosly yang pernah menghasilkan filem patriotik Malay Regiment berkata, dia amat bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menurutnya, ini kerana Finas adalah sebuah agensi yang diwujudkan untuk membangunkan industri perfileman tanah air dan pernah memberikan dana kenegaraan untuk menghasilkan filem seperti Paloh, Embun dah 1957: Hati Malaya.

“Tapi, sejak tahun lepas kerajaan sudah tidak umumkan lagi Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) untuk tahun ini berbanding tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. (Malah) Dan dana diberikan kepada Finas untuk filem genre lain juga sudah semakin berkurangan.

Datuk Jurey Latiff Rosly berkata, dana yang sama juga perlu disalurkan untuk kandungan supertele TV atau platform OTT yang mempunyai elemen kenegaraan – Gambar Facebook, 4 Jun, 2024

“Saya berharap kerajaan akan dapat mengembalikan peruntukan Dekan dalam pembentangan Bajet 2025 pada hujung tahun ini agar lebih banyak kisah membina bangsa dan negara serta semangat perpaduan dapat dihasilkan yang mana ia bersesuaian dalam konteks era Malaysia Madani itu sendiri,” katanya.

Menurut Jurey lagi, penghasilan filem kenegaraan sememangnya tidak menguntungkan dari sudut nilai komersil, justeru sokongan dana daripada kerajaan amat diperlukan.

“Sebagai karyawan filem dan wakil badan bukan kerajaan (NGO), saya dan Afdlin menyuarakan pandangan kami agar kerajaan menyediakan dana filem kenegaraan ini dan melihat ia sebagai kepentingan negara dan perkara ini haruslah mempunyai dasarnya.

“Dana yang sama juga perlu disalurkan untuk kandungan supertele TV atau platform OTT yang mempunyai elemen kenegaraan. Buat masa ini memang tiada sebarang bantuan atau peruntukan terhadap kandungan seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, Jurey mengharapkan agar kerajaan melaksanakan pengecualian cukai kepada mana-mana syarikat korporat yang berminat menaja filem kenegaraan seperti dilakukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) terhadap industri teater.

“Dengan usaha itu, barulah mereka berminat nak taja dan ia juga satu galakkan kepada mereka untuk menaja filem seperti ini.

“Selain itu, duti hiburan sebanyak 25 peratus yang dipotong daripada pawagam juga haruslah dikembalikan kepada Finas agar ia dapat digunakan semula untuk membangunkan industri perfleman negara.

“Usah digunakan untuk sektor lain yang tiada kaitan dengan kepentingan industri,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem Leftenan Adnan, Aziz M Osman yang turut bersetuju dengan saranan Afdlin berpendapat, seseorang pembikin filem itu haruslah mempunyai jati diri serta semangat patriotism yang kuat untuk menghasilkan filem kenegaraan.

Malah beliau mengakui terdapat pembikin filem tempatan yang pandai bercerita untuk menarik penonton ke pawagam dan meraih kutipan tinggi melalui filem sebegini.

Aziz M Osman berpendapat, seseorang pembikin filem itu haruslah mempunyai jati diri serta semangat patriotism yang kuat untuk menghasilkan filem kenegaraan – Gambar Facebook, 4 Jun, 2024

Namun, katanya, pada masa sama, mereka perlu mengenali jati diri dan menghargai budaya sendiri seperti pembikin filem Indonesia.

“Kalau kita menonton filem Indonesia, tidak kiralah apa genre sekalipun, kita dapat melihat dan merasai semangat jati diri dan budaya Indonesia mereka sangat kental. Berbeza dengan filem kita. Adakalanya ia lebih Hollywood daripada Hollywood itu sendiri.

“Bila filem kenegaraan diberikan kepada pembikin filem kurang patriotik, kita tidak akan dapat merasai elemen ini di dalam filem yang dihasilkan. Konsep Rukun Negara itu perlu dijiwai bila mengarah filem kenegaraan,” katanya. – 4 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related