Kontroversi Putri Ariani, media: Megatix perbaiki segala kelemahan

Pengarah Megatix Sdn Bhd dengan rasa rendah hati benar-benar memohon maaf kepada semua rakan media

11:40 AM MYT

 


 KUALA LUMPUR – Penganjur Konsert Walkerworld Tour 2024, Megatix enggan menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak berhubung kekecohan yang berlaku di antara media dengan penyanyi Indonesia, Putri Ariani dalam sidang akhbar baru-baru ini.
 
Sebaliknya, mereka mengakui memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tular berkenaan serta mengambil pendekatan untuk memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan hal sama tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
 
Pengarah Megatix Sdn Bhd, Ridzuan Mohammad berkata, pihaknya sedar bahawa insiden yang tidak disengajakan itu telah mencalar hati rakan-rakan media tempatan.
 
“Pihak kami sangat menghargai dan menyanjung tinggi kerjaya, laporan dan liputan berita berterusan media tempatan dan sangat menyesali insiden salah faham yang berlaku dalam sidang media sebelum ini dan sedar ia adalah kekhilafan kami.
 
“Oleh itu, saya Ridzuan Mohammad, selaku Pengarah Megatix Sdn Bhd dengan rasa rendah hati benar-benar memohon maaf kepada semua rakan media dan mengharapkan sesi santai ini dapat membuka lembaran baru antara semua pihak terlibat.
 
“Pihak kami juga berharap rakan media akan terus memberikan sokongan kepada Megatix dan sedia menerima penjelasan maaf kami,” katanya.
 
Ridzuan berkata demikian pada satu sesi pertemuan secara santai bersama media berhubung dakwaan Putri Ariani yang bersikap tidak profesional terhadap pihak media tempatan.

Putri Ariani didakwa membiarkan media menunggu selama dua jam bagi menyambung sesi wawancaranya selepas sidang media konsert itu berakhir.

Pihak media juga melaporkan mereka hanya berpeluang melontarkan tiga soalan yang dijawab secara ringkas dan acuh tidak acuh oleh Putri Ariani pada sidang akhbar tersebut, menyebabkan permintaan dibuat kepada penganjur untuk sesi temu bual bersama penyanyi itu dapat dilakukan semula.

Ridzuan memberitahu, semasa insiden itu berlaku, dia tidak berada di situ kerana keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu serta tidak sedar akan salah faham yang berlaku antara pihak media dengan Puteri Ariani.

Pengarah Megatix Sdn Bhd, Ridzuan Mohammad (dua, kiri) meminta maaf susulan kontroversi antara Putri Ariani dan media ketika sidang media Walkerworld Tour 2024 baru-baru ini. – Gambar Megatix, 2 Jun, 2024

“Megatix hanya menyedari salah faham tersebut setelah melihat laporan media mengenai dakwaan Puteri Ariani telah mengabaikan dan tidak mengendahkan kehadiran rakan media sehingga menerima kecaman hebat daripada netizen di pelbagai platform media sosial.
 
“Kami berharap Puteri Ariani tidak akan dipersalahkan dan tidak adil untuk menyalahkan beliau atas kesilapan dan kekhilafan kami mengendalikan sidang media itu. Pihak kami khuatir kecaman daripada netizen ini bakal memberi kesan terhadap emosi Puteri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan beliau,” katanya.
 
Katanya, Megatix juga mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.
 
“Sekali lagi memohon seribu kemaafan di atas ketidaksempurnaan yang terjadi semasa sidang media baru-baru ini,” katanya.

Walkerworld Tour 2024 yang merupakan konsert jelajah Alan Waker bakal diadakan di Surf Beach Sunway Lagoon pada 22 Jun ini. Pada konsert ini, Alan Walker yang merupakan dj serta produser muzik EDM kelahiran Norway bakal diiringi dengan persembahan artis jemputan seperti Putri Ariani, Robin Packalen dan Sofiloud.

Sebahagian daripada jualan tiket Akan disalurkan kepada NGO Family of Charity yang juga merupakan rakan strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related