Berilah mereka masa, artis zaman saya pun ramai tak berdisiplin: Rosyam Nor

Pelakon senior versatil itu meminta agar artis baharu diberikan masa dan peluang untuk berubah selepas melalui proses kematangan

2:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan produser yang kini bergelar usahawan, Datuk Rosyam Nor menempelak sikap segelintir pihak yang terlalu mudah melemparkan kecaman bahawa artis baharu ketika ini, tidak berdisiplin jika dibandingkan dengan golongan itu pada zamannya.

Menurut Rosyam, tidak ada bezanya artis dahulu dan sekarang, malah isu mengenai golongan itu tidak berdisiplin banyak berlaku di zamannya sewaktu dia mula mencipta nama di dalam industri lakonan.

“Kalau nak kata artis baru sekarang tidak ada disiplin, zaman saya pun ramai artis begitu. Malah, artis hari ini yang kata artis baru tiadak ada disiplin, mereka pun sama sahaja waktu muda-muda dulu.

“Jadi, janganlah kita kecam artis baharu. Sebab kadang-kadang, bila mereka masuk dalam industri ini, mereka tahu tak permainannya (rentak dan budaya kerja), tapi lama kelamaan mereka akan berubah sendiri.

“Bagi masa dan peluang untuk mereka berubah. Macam artis zaman saya, bila mereka matang, mereka mula berdisiplin kerana mereka tahu itu kerja mereka,” katanya.

Jelas Rosyam, dia sememangnya tidak boleh menerima jika artis baharu sering dilabel sebagai bermasalah atau ‘kayu’.

“Nak kata artis dulu baik dan artis baharu zaman sekarang tidak elok? Sama sahaja. Zaman dahulu pun ada saja artis berskandal. Tapi, media dulu tak banyak seperti sekarang.

“Begitu juga kalau orang kata artis baharu itu kayu atau berlakon tak betul. Saya dulu pun berlakon macam kayu juga. Kalau tidak percaya awak tengoklah sendiri lakonan saya waktu mula-mula berlakon.

“Kalau sekarang sudah ada artis yang bermula daripada media sosial, dulu pula ada artis bermula sebagai model di majalah atau akhbar. Ambil gambar posing (gaya) sana sikit, sini sikit, sudah boleh jadi artis. Sama saja, yang membezakan cuma zaman serta platform dan kita kenalah masuk ke kancah sesuatu zaman itu,” katanya.

Rosyam berkata, individu ingin menjadi penyanyi dahulu perlu mencari komposer dan mempunyai syarikat rakaman pilihan atau menggunakan platform, seperti program Sinaran Pasport Kegemilangan dan Akademi Fantasia.

“Sekarang tidak lagi. Kalau ada bakat, suara awak sedap, dah boleh jadi artis. Berapa ramai muncul di YouTube dan jadi artis besar?” soalnya.

Pada masa sama Rosyam berkata, sebagai artis senior yang berdepan revolusi media sosial pada zaman ini, dia sangat menggalakkan kehadiran artis baharu.

“Sebab kita ada banyak stesen TV sekarang ini. Kita ada media sosial seperti YouTube, kita ada platform OTT, kita ada filem.

“Jadi, kita perlukan ramai bakat baharu ini. Tapi, kalau kita tidak bagi peluang pada mereka dan asyik nak kecam mereka, tak boleh lah. – 30 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related