Ramai rakan produser mahu saman Awesome TV, Ayu Puteh enggan campur tangan

Sejak timbulnya isu mengenai penggantungan siaran Awesome TV di platform MYTV, ramai produser yang mahu saman stesen televisyen sebut

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser drama dan filem tempatan, Datuk Ayu Puteh enggan campur tangan dalam isu melibatkan beberapa rakan produsernya yang masih lagi berusaha menagih bayaran daripada Awesome TV terhadap kandungan program yang telah dihasilkan.

Ayu Puteh ketika dihubungi Scoop berkata, sejak timbulnya isu mengenai penggantungan siaran Awesome TV di platform MYTV, dia telah dihubungi beberapa rakan produser yang meminta pandangannya tentang cara yang perlu dilakukan untuk mereka mendapatkan semula hak (bayaran) mereka yang sudah sekian lama tertangguh.

“Saya enggan campur tangan dalam hal ini kerana kes saman saya dengan Awesome TV pun masih lagi berjalan dan seperkara lagi, saya juga enggan dituduh menjadi guru apabila membantu mereka dengan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk bertindak.

“Lagi satu, untuk apa saya membantu mereka, kalau di hujung-hujung nanti, mereka sendiri yang takut untuk bertindak atau bersuara hanya semata-mata kerana risau tindakan mereka itu akan menjejaskan ‘job’ dengan stesen televisyen lain.

“Saya mengatakan ini sebab awal-awalnya, saya diberitahu, ramai sebenarnya rakan produser yang mahu tampil ke hadapan dan bersuara. Ada yang nak buat laporan polis dan ada juga yang mahu saman dan semua ini akan dijelaskan dalam satu sidang media. Tapi, akhirnya yang betul-betul mahu teruskan perkara itu, tak sampai lima orang pun,” katanya.

Menurut Ayu Puteh, dia sendiri tidak memahami mengapa rakan-rakan produser lain takut untuk bertindak hanya disebabkan risau ia akan menjejaskan peluang dengan stesen televisyen lain sedangkan yang mengatur rezeki manusia itu adalah Allah SWT.

“Kalau betul ia boleh menjejaskan, mengapa saya masih lagi dipanggil oleh pihak stesen televisyen termasuk platform OTT untuk buat pitching. Bukankah itu membuktikan bahawa urusan penerbit dengan sesebuah stesen televisyen (melibatkan isu kes sama) tiada kaitan dengan stesen televisyan lain?

“Ada yang kata sebab, Datuk Ayu Puteh dikenali ramai. Tapi, bagi saya bukan mengenai saya dikenali atau tidak, tapi apa yang penting adalah kualiti produk dan rekod kita. Dua perkara ini amat mustahak untuk pihak stesen televisyen atau platform OTT letakkan kepercayaan kepada kita.

“Waktu saya dipanggil datang pitching oleh TV3 dan iQiyi, saya tanyakan sendiri pada mereka, tidak takut panggil saya sedangkan saya ada kes saman dengan Awesome TV?

“Jawapan yang mereka berikan adalah mereka tidak campur tangan dalam hal sedemikian. Bahkan, mereka juga maklum akan punca saya mengambil tindakan saman itu. Tidak mungkin ia dilakukan secara suka-suka,” katanya.

Jelas Ayu Puteh, untuk apa seorang produser duduk diam dan tidak melakukan apa-apa sedangkan mereka perlu membayar pinjaman hutang bank daripada projek kandungan TV yang dihasilkan.

“Takut saman sebab takut tak dapat job hingga sanggup tak bayar hutang walaupun bulan-bulan kena bayar hutang bank? Kebodohan apakah ini sedangkan stesen televisyan lain bersikap profesional.

“Itulah sebabnya saya saman Awesome TV. Siapa nak bayar hutang bank saya? Tentang kes saman sama dengan Awesome TV, saya hanya serahkan pada pihak polis dan peguam dan saya juga sudah melantik peguam yang baharu iaitu Saiful & Co,” katanya. – 28 Mei, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related