Penonton Indonesia puji, suka babak aksi, plot twist Sheriff, ‘filemnya bagus, seru banget’

Filem arahan Syafiq Yusof itu yang ditayangkan secara rasmi di Indonesia bermula semalam, menerima komen positif daripada netizen, wartawan dan penggiat bidang

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, Syafiq Yusof mengakui, dia sama sekali tidak menyangka filem aksi kepolisian arahannya, Sheriff yang kini berjaya meraih kutipan RM60.5 juta, menerima permintaan di Indonesia dengan jumlah tayangan di 100 pawagam.

Bahkan, dia tidak menjangkakan malam gala dan tayangan perdana karya itu yang diadakan di CGV Grand Indonesia 21 Mei lalu, dihadiri 400 tetamu, dengan segelintirnya adalah pempengaruh, wartawan dan pengkritik filem.

Syafiq Yusof (tengah), di sini bersama, dari kiri, Kodi Rasheed, Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan pada malam gala dan tayangan perdana Sheriff yang diadakan di CGV Grand Indonesia 21 Mei lalu – Gambar media sosial, 24 Mei, 2024

“Saya bersyukur dengan kehadiran penonton seramai itu. Bahkan, rata-rata yang keluar selepas menonton menyatakan mereka sangat suka dengan filem ini. Terima kasih kepada CGV yang memberi peluang Sheriff ditayangkan di sana (Indonesia).

“Komen mereka berikan juga hampir lebih kurang sama dengan penonton di Malaysia. Mereka mengatakan filem ini mempunyai banyak plot twist mengejutkan serta penuh dengan babak aksi mendebarkan.

“Tayangan Sheriff secara rasmi (di Indonesia) bermula semalam dan ramai penonton yang tag saya di Instagram memberitahu, mereka sudah beli tiket dan tidak kurang memberikan komen teruja menonton filem ini,” katanya.

Menjenguk di platform X, beberapa penonton Indonesia memberikan komen cukup baik.

Seorang daripada mereka, @alstoniasp berkata, “Dibikin terpukau sepanjang nonton Sheriff: Narko Integriti. Filem asal Malaysia garapan Syafiq Yusof ini punya cerita menarik serta pelaksanaannya sangat bagus. Aksi dar der dornya (mendebarkan) ngga ada obat (berterusan) dan skornya mantap”.

Komen daripada @cineriesid pula mengatakan “Kemarin mimin abis datang (hadir) ke tayangan perdana filem Malaysia Sheriff Narco Integriti. Seru banget (hebat sangat) kedatangan pelakonnya. Jarang banget. Apapun, filemnya bagus dan hebat”.

Manakala, @radjasitanggang menulis: “Media Screening & Gala Premiere Filem Sheriff Narko Integriti. Jom, wajib tonton. Aksi penuh, seru dan mendebarkan. Hebat”

Pengkritik filem @yan_widjaya memberikan komen, “Syafiq Yusof, 31 sinema Malaysia, menyutradarai filem ke-15, #Sheriff, berdasarkan naskah ayahnya, veteran Yusof Haslam. Bentrok polisi (Pertembungan dengan polis) yang main hakim (bertindak) sendiri dengan sindikat (sindiket) narkoba. Toh ada penegak hukum (pihak berkuasa) yang memburu si polisi pembunuh! Aksi penuh, baku tembak (tembak-menembak), baku tabrak (kemalangan)!”

Biarpun mendapat maklum balas serta komen positif, Syafiq mengakui, tidak mengharapkan kutipan luar biasa buat Sheriff yang ditayangkan di negara jiran berkenaan.

“Seperti ayah saya (Datuk Yusof Haslam) pernah katakan, pasaran filem Melayu di sana memang sedikit sukar kerana selera penonton mereka berbeza. Tapi, kita cubalah. Kalau sikit orang tengok pun, jadilah,” katanya.

Biarpun mendapat maklum balas serta komen positif, Syafiq (di sini bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam dan Zul Ariffin) mengakui, tidak mengharapkan kutipan luar biasa buat Sheriff yang ditayangkan di negara jiran berkenaan – Gambar Instagram Syafiq Yusof, 24 Mei, 2024

Syafiq bagaimanapun berkata, dia gembira dengan kutipan serta pencapaian Sheriff setakat ini yang turut mencipta sejarah, apabila menjadi filem Melayu bakal ditayangkan di Hong Kong buat julung kali pada 6 Jun depan.

“Sebetulnya, matlamat asal saya untuk menghasilkan Sheriff adalah membuat cerita yang tidak dihasilkan sebelum ini.

“Sebelum ini, kita memiliki peraturan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang agak ketat. Melalui Sheriff kita berjaya pecahkan tradisi ini,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu arahannya, Blood Brothers bersama Abhilash Chandra. – 24 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related