Raih RM1 juta kutipan tayangan awal, The Experts terima pujian setanding filem Hollywood, bukan tipikal

Filem Andre Chiew dan Nizam Shah itu ditayangkan secara rasmi di 172 pawagam seluruh Malaysia, Singapura serta Brunei bermula hari ini

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belum pun ditayangkan secara rasmi, filem aksi heist Melayu tempatan, The Experts berjaya meraih kutipan RM1 juta pada tayangan awalnya semalam.

Malah, pada tayangan awal itu juga, ia menyaksikan karya terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures berkenaan, trending di platform X dan dilimpahi komen positif.

Antara komen itu adalah The Experts dianggap bukan filem tipikal Melayu tempatan dan setanding filem Hollywood, dari sudut pengalaman sinematik serta kualiti produksinya yang bertaraf antarabangsa.

Screenshot-2024-05-23-140241

Penerbit Eksekutif The Experts yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, ia adalah permulaan baik untuk The Experts dan membuktikan penonton menerima genre aksi heist yang jarang ditampilkan.

“Sekali gus memadam stigma sesetengah penonton yang meragui kebolehan produksi dan pembikinan filem tempatan. Kami mengharapkan momentum ini akan berterusan. Terima kasih semua!” katanya.

Filem arahan dengan idea original Andre Chiew dan Nizam Shah itu, menampilkan kisah fiksyen mengenai rompakan adik-beradik yang melibatkan pemburuan sebentuk cincin permata.

Ia dimantapkan dengan persembahan pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

Screenshot-2024-05-23-140256

Karya itu memaparkan gandingan pertama kali Aaron, Syafiq, Mimi, Remy dan Ray beraksi sebagai lima adik-beradik yang mempunyai kemahiran tertentu dalam misi mereka.

Aaron atau dikenali Farid dalam filem itu, membawakan watak sebagai ketua atau maestro, Syafiq (Keyrol) sebagai pakar risikan, Mimi (Emma) selaku pakar manipulasi, Remy (Amer) sebagai pakai penyamaran, dan Ray (Lan) sebagai pakar godam.

Filem itu yang bakal ditayangkan di 172 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula hari ini, dengan barisan pelakonnya bakal membuat siri jelajah di pawagam sekitar Seremban dan Lembah Klang. – 23 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related