Ustaz Kazim Elias letak syarat kepada Mawi jika mahu jadikan dia hero filem Zim Zim Ala Kazim

Filem itu yang turut dibintangi Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar bakal ditayangkan di pawagam pada 13 Jun ini

4:40 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Penyanyi bergelar pengarah filem serta penyampai radio, Asmawi Ani atau Mawi mendedahkan pendakwah dan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias telah meletakkan syarat kepadanya jika mahu kisahnya berdepan penyakit misteri diangkat sebagai filem.

Menurut Mawi, syarat utama ialah Mohd Kazim mahu menjadi hero sedangkan pada awalnya, dia sudah pun mempunyai pilihan pelakon untuk memegang watak penceramah tersebut dalam filem terbaharu arahan dan terbitannya Zim Zim Ala Kazim.

Kata Mawi, idea untuk menghasilkan filem Zim Zim Ala Kazim bermula daripada perjumpaan dengan Mohd Kazim – Gambar ihsan, 20 Mei, 2024

“Saya agak terkejut juga bila Ustaz Kazim nak lakonkan sendiri watak dirinya. Namun, saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” katanya.

Menurutnya idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan Mohd Kazim.

“Ketika berjumpa kami berborak dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu.

“Ia adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya.

Berkenaan dengan jalan cerita filem pula, kata Mawi, kira-kira 70-80% adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya ditokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik – Gambar ihsan, 20 Mei, 2024

Setelah perkongsian kisah berkenaan, Mawi kemudiannya meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan dalam berdepan dengan penyakit misteri.

“Saya berasa lega apabila Ustaz Kazim akhirnya memberikan persetujuan untuk saya menghasilkan filem Zim Zim Ala Kazim ini.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya meyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70-80% adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelasnya.

Filem ketiga arahan Mawi itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama serta dibantu Elvina Chua, Syanie Hashim, Zarian Anjouli, Iqram Dinzly, Rosnah Johari dan Mawi sendiri – Gambar ihsan, 20 Mei, 2024

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, Mawi memberitahu ia dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah Mohd Kazim di Kampung Manjoi, Perak.

“Penggambaran filem tersebut berjalan lancar, namun pada masa sama, ada berlaku beberapa kejadian mistik.

“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula.

“Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” kongsinya yang pernah mengarahkan filem Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa.

Semasa penggambaran, penyakit Mohd Kazim tiba-tiba menyerang semula menyebabkan kulitnya keluar darah. Namun situasi itu ditangani dengan baik – Gambar ihsan, 20 Mei, 20224

Filem ketiga arahan Mawi itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama serta dibantu Elvina Chua, Syanie Hashim, Zarian Anjouli, Iqram Dinzly, Rosnah Johari dan Mawi sendiri. Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 13 Jun ini.

Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal.

Di dalam satu misi pencarian mereka, sekumpulan pencari hantu ini telah menemukan sesuatu yang pelik dan mereka mendapati bahawa Mohd Kazim berada dalam keadaan bahaya dan mengambil keputusan untuk menyelamatkan beliau. – 20 Mei, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Around 600 worshippers assembled in Batu Caves to perform religious song

They gathered in response to the recent case of the Moroccan influencer reciting Quranic verses at the temple

Related