Tolong tempek kad TNG lama sikit, Ubai tegur sikap pengguna jalan raya sebabkan kesesakan di laluan tol

Ubai yang mengahwini penyanyi Shila Amzah baru menimang cahaya mata sulung mereka, Rhea Akira pada 9 Mei lalu

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Zulkefli atau Ubai, 26, menegur sikap segelintir pengguna jalan raya yang gagal menggunakan kad Touch ‘n Go (TNG) dengan cara betul, sehingga menyebabkan kesesakan lebih teruk di kawasan tol.

Ubai yang juga suami kepada Shila Amzah berkata, kad TNG yang digunakan itu haruslah ‘ditempek’ di tempat disediakan dengan lebih lama supaya ia dapat dikesan, sebelum membolehkan palang dibuka.

“Kepada pengguna TNG. Dengar ya. Bila sampai tol, kau tempek kat skrin ke atau tempat TnG biar lama sikit sampai dia detect (dikesan).

“Bukan tempek sekali lalu. Lepas itu, kad tak dapat dikesan. Kad tidak sah. Kau tempeklah lama sikit. Kau tu pakai TNG, bukan Smart Tag. Kena sedar diri sikit,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Menurut Ubai, dia juga berharap pengguna jalan raya bersabar untuk menggunakan kad TnG, bagi mengelakkan salah faham bahawa mesin kad itu rosak.

“Disebabkan ketidaksabaran kau tu, habis semua kereta beratur panjang. Lepas tu kau bagi double signal beritahu mesin tu rosak sedangkan mesin itu berfungsi betul.

“Mesin tu tak rosak, kau tu yang tak reti sabar. Tempek tu biar lama sikit supaya ia dapat dikesan. Nama pun TNG. Kau touch (sentuh), kemudian boleh lah go (jalan).

“Ingat eh, sebarkan pada semua. Pakcik dan makcik, sahabat handai semua. Pastikan, diaorang tau semua ni,” katanya.

Ubai juga baru-baru ini menjalani kehidupan sebagai bapa buat kali pertama apabila isterinya, Shila melahirkan cahaya mata pertama mereka, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Ubai yang mendirikan rumah tangga dengan Shila Amzah pada 5 Ogos 2023 menimang cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu. – Gambar Instagram, 16 Mei, 2024

“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,” luahnya.

Ubai mendirikan rumah tangga dengan Shila Amzah pada 5 Ogos 2023 selepas mula mengenali pada 2011.

Mereka kemudian menjadi akrab pada 2014, sebelum mengikat tali pertunangan pada Mei 2023 – 16 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related