Gerakan #Blockout 2024: Awal Ashaari selar Wardina

Menurut Awal, sebagai selebriti, banyak tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh mereka dalam memastikan mereka dapat ‘survive’ untuk hidup

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Awal Ashaari menyelar sikap bekas pelakon dan model, Wardina Safiyyah yang dilihat seolah-olah cuba mencetuskan kebencian serta memecahbelahkan selebriti tanah air dengan warganet berhubung Gerakan #Blockout 2024 Malaysia serta isu Palestin.

Awal berkata, dia terpaksa bersuara apabila Wardina yang tidak mengenali dirinya secara peribadi telah mengaitkan namanya, nama isteri dan beberapa rakan selebriti melalui hantaran serta perkongsian yang dimuat naik di media sosial.

“Apa motif beliau apabila mencipta kebencian, cuba memecahbelahkan kami-kami dan warganet dengan menggunakan paksi agama dan isu Palestin yang ternyata berlarutan sejak dahulu.

“Saya terkilan kerana beliau sendiri pernah bergelar artis dan pernah menjadi duta kepada jenama Israhell seperti yang ditegakkan oleh beliau. Kenapa sekarang?

“Ada cara lebih baik untuk berdakwah atau mencipta gerakan tapi bukan dengan cara mencipta kebencian, memecahbelahkan rakyat Malaysia dan menabur pasir dalam periuk nasi kami anak seni yang rata-rata bergelut dalam mencari pendapatan bagi menyara banyak mulut di rumah,” luahnya dalam satu perkongsian di IG Story.

Awal menyelar sikap Wardina apabila bekas artis tanah air yang sudah bermastautin di Australia itu dilihat memuat naik hantaran yang menyokong Gerakan #Blockout 2024 Malaysia, bersekongkol dan sengaja mencetuskan provokasi mengenai artis-artis yang perlu diboikot serta mempertikai tindakan mereka bekerjasama dengan produk atau jenama berkaitan dengan Israel.
 
Menurut Awal, sebagai selebriti, banyak tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh mereka dalam memastikan mereka dapat ‘survive’ untuk hidup.

Menurut Awal, ada cara lebih baik untuk berdakwah dan mencipta gerakan tapi bukan dengan menabur pasir dalam periuk nasi anak seni yang rata-rata bergelut dalam mencari pendapatan bagi menyara banyak mulut di rumah. – Gambar Instagram Awal Ashaari, 14 Mei, 2024

“Kami ada anak-anak yang tidak berdosa. Ada ibu bapa, mentua yang perlu kami sara. Ada adik-beradik yang bergantung hidup dengan kami. Ada pekerja-pekerja berkeluarga yang perlu kami gaji dan ada tanggungjawab kepada negara yang perlu kami langsaikan.

“Bukan macam akak (Wardina), duduk di negara luar, tak tahu ‘struggle’ kami di sini, bersembunyi di sebalik Instagram Israhell ni mencipta kebencian untuk memecahbelahkan kami di bumi Malaysia yang majoritinya Islam.

“Yang tidak perlu dipertikai sokongan kami, walaupun tak selalu disensasikan di media sosial, jiwa dan doa kami sentiasa untuk saudara-saudara seagama di Palestin.

“Post nama-nama kami, repost siapa yang ikut cara akak, siap ada special highlight didedikasi di IG akak, untuk apa? Saya harap fizikal dan mental anda baik-baik sahaja, Wardina Safiyyah,” luahnya.

Wardina yang sudah bermastautin di Australia memuat naik hantaran yang menyokong Gerakan #Blockout 2024 Malaysia, bersekongkol dan sengaja mencetuskan provokasi mengenai artis-artis yang perlu diboikot. – Gambar Instagram, 14 Mei, 2024

Awal turut menyatakan pujian terhadap rakan-rakan selebriti yang tidak henti-henti berjihad, menyokong, mendoakan serta menderma untuk Palestin, namun tidak pernah sekelumit berdendam dengan rakan-rakan yang mungkin tidak sehaluan dengan cara mereka.

“Kita semua ada cara masing-masing dalam membantu dan mencipta kesedaran. Tak post bukan bermaksud tak prihatin. Tak derma bukan tak simpati. Tak bantu bukan tak berdoa. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita. Doa buat saudara-saudara Islam kita di mana berada,” katanya. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related