Tindakan Naim Daniel pertahan rakan selebriti tersenarai Gerakan Blockout 2024 makan diri

Selepas dikecam hebat netizen, Naim terpaksa membuang ciapannya yang tular di platform X

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel cuba mempertahankan sebahagian rakan selebriti yang tersenarai dalam Gerakan Blockout 2024 oleh netizen Malaysia akhirnya membawa padah.

Menerusi ciapan yang dimuatnaik di platform X, Naim melepaskan geram dengan mempersoalkan tindakan netizen yang dilihat menggunakan tiket untuk memboikot golongan selebriti atas nama agama.

“Pung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam. Tapi, kau jatuh hukum sendiri, hina orang yang taka tau belum berbuat demikian, macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.

“Bocor ke tak Islam kau? Semoga kita tidak berada dalam golong terpaling… ?,” katanya yang cukup dikenali kerana kelantangan bersuara di media sosial mengenai isu semasa.

Ciapan Naim itu meraih 540,000 tontonan dan mendapat 4,900 tanda suka sebelum ia dibuang oleh penyanyi dan pelakon versatile tersebut kerana dihujani komen berbaur kecaman dan teguran.

“Tiada istilah terpaling kalau bab Palestin. Ini antara salah satus jihad untuk saudara kita dekat sana. Semoga Allah memberikan saudara kita kemenangan di sana dan hapuskan puak Yahudi laknatulkah,” kata @mawarrose06.

Terdahulu, sebuah gerakan untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti terkenal dunia, iaitu #Blockout 2024 dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.

Gerakan #Blockout 2024 menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih untuk berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin.

Antara selebriti berada dalam senarai #Blockout 2024 termasuklah Blackpink, Taylor Swift, Selena Gomez, Kim Kardashian, Harry Styles, Justin Timberlake, Sam Smith, Olivia Rodgiro, Hailey Bailey, Beyonce, Rihanna, Katty Perry, Nicky Minaj, Leonardo DiCaprio serta Chris Hemsworth.

Gerakan Blockout 2024 juga nampaknya turut menular di Malaysia sehingga ada segelintir netizen yang giat berkempen untuk memboikot sejumlah selebriti tempatan yang dilihat masih terus berkerjasama dengan jenama atau produk berkaitan rangkaian bisnes Israel.

Antara selebriti tempatan yang tersenarai dalam Gerakan Blockout 2024 ini adalah Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Mira Filzah, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Daiyan Trisha, Intan Najuwa, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Janna Nick, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya serta Datuk Michelle Yeoh.

Turut tersenarai, pempengaruh media sosial seperti Troy Ling dan Syamimia, model Athina Kamaruddin serta beberapa usahawan produk seperti Datuk Seri Vida, Haliza Maysuri dan Cupcake Aisyah. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related