Nama tersenarai dalam Gerakan Blockout 2024, Nadhir Nasar tampil bersuara

Artis tersebut turut memberi penjelasan mengenai kerjasamanya dengan jenama berkaitan Israel

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Blockout 2024 nampaknya turut menular di Malaysia sehingga ada netizen giat berkempen untuk memboikot sejumlah selebriti tempatan yang dilihat masih terus bekerjasama dengan jenama atau produk berkaitan Israel.

Antara selebriti tanah air yang termasuk dalam senarai Gerakan Blockout 2024 itu adalah Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Mira Filzah, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Daiyan Trisha, Intan Najuwa, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Janna Nick, Awal Ashaari, Scha Al-Yaya serta Datuk Michelle Yeoh.

Turut tersenarai, pempengaruh media sosial seperti Troy Ling dan Syamimia, model Athina Kamaruddin serta beberapa usahawan produk seperti Datuk Seri Vida, Haliza Maysuri dan Cupcake Aisyah.

Bagaimanapun perkara itu tidak membuatkan aktor Nadhir Nasar yang selama ini sentiasa lantang bersuara mengenai isu Palestin untuk membisu atau berdiam diri.

Apatah lagi apabila seorang netizen @haziqmahmur90an mempersoalkan tindakannya bekerjasama dengan jenama berkaitan Israel, namun pada masa sama menjayakan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang menolak penjajahan Bristish ke atas Tanah Melayu.

Menjawab pertanyaan @haziqmahmur90an yang turut mengancam untuk memadam ulasannnya mengenai filem Pendekar Awang, Nadhir menegaskan dia sememangnya memandang serius isu berkaitan Palestin, bahkan komited menyelaraskan jenama yang berkongsi nilai dan prinsip dirinya.

“Saya faham betapa beratnya kebimbangan yang dibangkitkan oleh anda dan saya faham awak kecewa sama seperti saya dan rakan selebriti yang lain atas apa yang sedang berlaku.

“Saya percaya bukan saya sahaja malah rakan rakan artis lain juga sudah berusaha,” katanya.

Namun katanya, dia juga terpanggil untuk memberikan sedikit penjelasan mengenai kerjasamanya dengan jenama yang dikaitkan dengan Israel.

“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa keputusan saya untuk bekerjasama dengan Brands telah dibuat lebih setahun yang lalu dan ia adalah berdasarkan maklumat dan keadaan yang tersedia pada masa itu.

“Keputusan saya untuk bekerjasama dengan Brands kemudiannya adalah berdasarkan komitmen tulen mereka untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

“Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang dikemukakan, adalah penting untuk menyedari bahawa komitmen kontrak saya mesti ditegakkan,” katanya.

Nadhir berkata, percubaan menamatkan kontrak lebih awal akan mempunyai kesan ketara, termasuk penalti kewangan dan kemungkinan berdepan tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Nadhir turut memberi jaminan kepada pengguna TikTok tersebut bahawa dia mengambil maklum balasnya dengan serius serta komited untuk menangani sebarang kebimbangan secara telus dan membina.

“Melangkah ke hadapan, saya akan terus melibatkan diri dengan komuniti dan berusaha untuk menggunakan platform saya untuk mempromosikan positiviti dan perubahan sosial.

“Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca mesej ini. Sokongan dan maklum balas anda amat berharga bagi saya. Terima kasih sekali lagi atas pemahaman dan sokongan anda,” katanya.

Terdahulu sebuah gerakan untuk menghentikan sokongan terhadap hampir 100 selebriti A-List dunia, iaitu #Blockout 2024 dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala pada 6 Mei lalu.

Gerakan #Blockout 2024 menyasarkan golongan selebriti yang terus memilih untuk berdiam, selain tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menghentikan keganasan dilakukan Israel ke atas Palestin.

Antara selebriti berada dalam senarai #Blockout 2024 termasuklah Blackpink, Taylor Swift, Selena Gomez, Kim Kardashian, Harry Styles, Justin Timberlake, Sam Smith, Olivia Rodrigo, Hailey Bailey, Beyonce, Rihanna, Katty Perry, Nicky Minaj, Leonardo DiCaprio serta Chris Hemsworth. – 13 Mei, 2024

Topics

 

Popular

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Related