DFP Seni Festival 2024 angkat keindahan Mek Mulung, Randai dan Orkestra Cina

Ia adalah acara besar kali keenam dianjurkan DFP dengan matlamat memperkenalkan pentas legasi tradisional dan warisan negara kepada dunia

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam usaha untuk terus melestarikan bakat anak seni tempatan dan wadah budaya menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) melalui DFP Seni Festival 2024 bakal mempersembahkan extravaganza muzik serta persembahan seni sepanjang tiga bulan.

Ia adalah acara besar kali keenam dianjurkan DFP dengan matlamat memperkenalkan pentas legasi tradisional dan warisan negara kepada dunia.

DFP sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan budaya dan artis untuk memelihara, menyemai serta mempromosi kepelbagaian seni budaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DFP, Hassina Begam Abdul Gani, sejak ditubuhkan pada 1998, DFP sentiasa komited pada objektif artistiknya untuk memberikan persembahan terbaik menerusi artis-artis tersohor.

“Festival tahun ini ialah sebuah testimoni komitmen kami untuk menyemai apresiasi terhadap legasi budaya kita seperti muzik tradisional dan seni, menyediakan platform untuk persembahan serta memberi inspirasi kepada semua peringkat masyarakat,” katanya.

Festival akan dimulakan pada 20 Julai dengan konsert Orkestra Cina daripada Jit Sin High School. – Gambar DFP, 3 Mei, 2024

Festival ini akan dimulakan dengan konsert Orkestra Cina Jit Sin High School pada 20 Julai, jam 8.30 malam dengan tema Dialogue of the Songs of Chu.

Konsert yang mempersembahkan muzik orkestra Cina dengan gabungan hebat erhu dan cello ini menampilkan bakat Tan Rou Yee dan Lim Sing Yee.

Orkestra ini meraih pelbagai anugerah di dalam dan luar negara sepanjang 50 tahun penubuhannya.
Selain itu, peminat seni akan dihiburkan dengan persembahan teater tradisional Mek Mulung pada pada 27 Julai, jam 8.30 malam dengan tema DFP Muzikal: Mek Mulung Putera Cahaya Bulan.

Persembahan teater Mek Mulung yang berusia 500 tahun ini adalah kolaborasi antara DFP dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) serta Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa.

Menariknya, Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa adalah gabungan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah atau ‘AKRAB’ dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus.

Ia menampilkan aktor Arja Lee selaku watak utama dalam sebuah kisah cinta penuh tragedi.

Teater tradisional Minangkabau ‘Randai’ akan menghiburkan penonton pada 10 Ogos, jam 8.30 malam. – Gambar DFP, 3 Mei, 2024

Festival itu bakal diteruskan dengan persembahan teater tradisional Minangkabau dinamakan ‘Randai’ pada 10 Ogos, jam 8.30 malam. Bertemakan DFP Muzikal: Randai Mudo Pak Belalang, persembahan ini menggabungkan seni silat dan tarian yang cukup unik.

Ia juga mempamerkan gabungan kekayaan budaya dan tarian bertenaga oleh kanak-kanak berbakat yang dilatih Pewara Dance Theater, sebuah kumpulan alumni dan kakitangan ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan).

Festival ini akan diakhiri dengan kemeriahan aktiviti seni yang akan berlangsung di lobi DFP pada 7 dan 8 September jam 11 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai kumpulan kesenian akan menyajikan persembahan unik mereka untuk menyemarakkan festival kali ini agar keraian muzik dan seni ini dapat dinikmati oleh orang ramai. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Buli siber semakin membimbangkan, satu situasi serius yang tidak boleh dipinggirkan

Kematian seorang penggiat dan aktivis media sosial baru-baru ini mencetuskan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan gesaan agar peraturan yang lebih ketat mengenai buli siber dan khususnya penggunaan platform media sosial.

Related