Kekecewaan Rahmad Ayob dalam konsert Search: Kid, Din akui terkilan, sedih

Menurut Din pula, sebetulnya tiada sebarang kontrak atau perjanjian apa-apa yang melibatkan Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi

4:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Ahli kumpulan Search, Nordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) mengakui terkilan dan sedih dengan tindakan jurutera bunyi, Rahmad Ayob yang meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial terhadap pemilihan jurutera bunyi lain dalam konsert terbaharu Search.

Bercakap kepada Scoop, Kid berkata, dia dan abangnya, Din baru sahaja mendapat tahu mengenai perkara itu melalui media sosial pada Jumaat lalu.

“Sebetulnya, mana-mana kumpulan muzik pasti akan suka kalau mereka dapat memiliki produksi dan jurutera bunyi sendiri.

“Tapi di negara ini, bukan begitu cara kita bekerja. Adakalanya, ia ditentukan sendiri pihak penganjur dan kita tidak boleh tentukan segalanya 100 peratus.

“Jadi saya harap ramai yang akan faham kenapa adakalanya khidmat jurutera bunyi yang digunakan di dalam konsert bukan orang yang sama,” katanya pada sidang media Konsert Search Gemuruh.

Menurut Din pula, sebetulnya tiada sebarang kontrak atau perjanjian apa-apa yang melibatkan Rahmad Ayob sebagai jurutera bunyi mereka untuk Konsert Search Gemuruh yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Jun ini.

“Kalau kita dapat sesuatu job, mesti ada deposit menandakan job itu sahih. Tapi, bila tiada deposit awak akan pertimbangkan tak job itu?

“Satu lagi, dia (Rahmad) tidak membuat pencerahan yang jelas mengenai perjanjian untuk buat konsert ini. Tunjuklah bukti dari segi tarikh dan waktu perjanjian itu dibuat,” katanya.

Jelas Din, dia menganggap tindakan yang dibuat Rahmad itu sebagai tidak matang dan sangat kebudak-budakan.

“Kalau hendak diikutkan, kami dan dia berkawan dan hubungan kami dengan dia juga sangat baik. Tapi saya sendiri tak pasti kenapa dia buat macam itu.

“Mungkin dia ada rasa ‘sengal’ dengan orang lain dan kami yang terkena tempiasnya. Sebetulnya, dia boleh sahaja hubungi kami. Tapi dia tak buat pun dan bila saya hubungi dia selepas video luahannya itu keluar, kenapa dia tak angkat?

“Saya terkilan dan sedih sampai tak boleh tidur memikirkan hal ini. Industri ini kecil sahaja. Kalau terjumpa esok hari macam mana?

“Kalau hendak diikutkan kami bagi tiga show pada dia. Show yang besar-besar juga. Tidak ada pun double standard antara dia dengan mana-mana jurutera bunyi lain,” katanya.

Menjawab soalan mengenai pemilihan Amir Masdi dan ketiadaan Denden di dalam konsert mereka nanti, Din berkata, pemilihan Amir Masdi dibuat kerana Denden pada saat ini mempunyai komitmen terhadap kerjaya solo nyanyiannya.

“Waktu kita ambil dia dahulu pun hanya untuk projek tertentu. Malah, waktu kami buat konsert di atas bumbung Campbell pada 2021, kami pernah nyatakan bahawa Denden bukanlah penyanyi tetap kami.

“Malah, saya juga pernah katakan bahawa suatu hari nanti, kami akan berkolaborasi dengan penyanyi lokal pula dan inilah masanya. Perancangan untuk memilih Amir Masdi sebagai vokalis Search sudah lama ada. Tapi, waktu itu dia masih muda sangat,” katanya.

Terdahulu Rahmad menganggap tindakan Kid dan Din sebagai tidak telus apabila mereka menggunakan khidmat jurutera bunyi lain tanpa pengetahuannya dalam konsert terbaharu Search.

Meluahkan perkara itu melalui media sosialnya, Rahmad yang pernah menganggotai kumpulan rock Kamikaze berkata, dia terpaksa menyuarakan perkara itu kerana sudah banyak kali ‘terkena’ dan sering diperlakukan sebegitu. – 28 April, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related