Uqasha Senrose selamat lahirkan anak pertama, Uqaira

Pelakon itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.72 kilogram pada Subuh tadi

6:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Uqasha Senrose bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.72 kilogram.

Memaklumkan berita itu menerusi hantaran Instagram miliknya, Uqasha berkata, nama cahaya mata pertamanya bersama Kamal Adli adalah Uqaira.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan puteri kecil saya Subuh tadi. Selamat datang ke dunia sayangku, saya sayang awak sangat, Uqaira sayang,” katanya yang cuba memyembunyikan wajah anaknya menerusi dua keping gambar yang dimuat naik.

Sementara itu, Kamal Adli yang juga pelakon pula menitipkan kata-kata penuh mengharukan buat anaknya itu.

“Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke dunia anak ayah dan ibu. Syukur kepada Allah.

“Terima kasih atas limpah kurnia yangg Kau berikan, jadilah anak terhebat dan solehah insya-Allah,” katanya.

Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada Uqasha yang telah bertarung nyawa melahirkan bayi mereka itu.

“Terima kasih Uqasha Senrose, saya sayang kamu. Terima kasih atas doa-doa semua,” katanya.

Ramai rakan selebriti dan pengikut-pengikut mereka yang mengucapkan tahniah di atas anugerah yang Allah SWT berikan kepada mereka. Tahniah Uqasha dan Kamal Adli.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengikat tali pertunangan pada 4 April 2021 selepas pelakon lelaki itu melamarnya menerusi sebuah acara anugerah yang dipancarkan secara langsung di televisyen pada 20 Disember 2020.

Pasangan ini kemudian mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup. – 27 April, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related