Itu antara aku, arwah dan Tuhan: Diva AA tak terkesan kecaman netizen isu jemput arwah ahli keluarga beraya

Meskipun kebanyakan netizen mengecam tindakannya itu, tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib menimpanya ketika ini

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menafikan dirinya tidak waras susulan video mengenai sebuah video majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan untuk ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia.

Malah katanya kepada Scoop, dia juga tidak terkesan dengan kecaman netizen kerana isu tersebut pernah tular tahun lalu.

“Isu itu dah basi dah. Saya dah pernah kena (kecam) dah tahun lepas. Tahun ni pun viral lagikan.

“Sebenarnya video tu orang nak kata gila ke apa, Diva AA dah tak rasa apa sebab dah tahun kedua jemputan untuk arwah.

“Jadi bila tahun keduakan, Diva AA dah masak… dah lali dengan kecaman. Daripada aku ajak musibat macam engkau lebih baik aku ajak arwah-arwah akukan. Lu siapa?” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen netizen yang menyifatkan dirinya kurang siuman susulan video mengajak ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia termasuk arwah ibunya untuk berhari raya di kediamannya.

@divaazwanaliofficial #fyppp ♬ original sound – Diva AA Tersohor

Mengulas lanjut, Azwan berkata, walaupun jasad arwah ibunya, Allahyarham Che Tom dan arwah bapanya, Allahyarham Ali Omar sudah tiada, namun dia dapat merasakan mereka ada bersamanya meraikan Lebaran.

“Memang Diva AA jemput (semua arwah) ke rumah Diva AA yang gah tu. Raya sakan Diva AA 2024 hanya untuk arwah.

“Yang penting Diva AA buat makan-makan untuk arwah saja. Engkau arwah ke? Engkau makan kat luar pagar je. Batang penyapu aku bagikan.

“Sekurang-kurangnya aku jemput arwah, walaupun dia menjelma ke tak, itu antara aku dengan arwah dan Tuhan,” katanya kepada netizen yang mengkritik tindakannya itu.

Terdahulu, video Azwan menangis di pusara ibunya pada 1 Syawal lalu mendapat perhatian netizen apabila dia menjemput ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia untuk datang ke rumah terbukanya sempena Aidilfitri.

“Wan (Azwan) jemput mak, abah, nenek, atok dan cucu ke rumah terbuka Wan ye. Mak datang tau. Mungkin lewat tengah hari sikit mak datang.

“Tak ada siapa nak jemput. Wan jemput mak, abah, nenek, atok dan cucu sahaja ye. Mak datang tau,” katanya.

Dalam video tersebut, Azwan turut memohon maaf dan berterima kasih di atas segala doa ibunya selama ini.

“Terima kasih atas segala doa-doa mak. Hanya Allah yang membalasnya. Terima kasih mak,” katanya.

Meskipun kebanyakan netizen mengecam tindakannya itu, tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib menimpanya ketika ini.

“Kesian juga tapi disebabkan perangai dia yang suka sangat maki hamun orang, jadi orang pun menjauhi dia. Tak hairanlah kalau dia raya seorang-seorang,” kata Syuhada.

“Dia ni baik je, cuma mulut dia je laser sikit. Kesian pula aku nengoknya ni,” kata @aimanarsyad98.

“Boleh faham perasan dia dalam video tu. Orang lain tak boleh nampak, tapi dia memang nampak. Tingkah laku begitu sebab tak dapat bezakan sesuatu kelihatan dalam fikiran dia dengan realiti,” kata @Tokk78Only. – 12 April, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related