Awie sebak tak dapat luang masa untuk keluarga, ’40 tahun, saya korban banyak perkara’

Kata Awie, selepas menamatkan kariernya bersama Wings dalam tempoh sembilan tahun lagi, dia ingin menunggang motosikal berkuasa tingginya dan cuti bersama keluarga

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepanjang berkecimpung dalam bidang seni, Datuk Awie tidak berkesempatan meluangkan masa berkualiti untuk dirinya mahupun bersama keluarga.

Atas sebab itu, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 55, mengambil keputusan selepas sembilan tahun akan datang, dia akan mengurangkan kegiatan seninya sama ada dalam bidang muzik mahupun perfileman.

Malah, katanya, dia juga akan menggantung mikrofon daripada menjadi vokalis Wings!

Satu keputusan yang mungkin memeranjatkan, namun luah Awie kepada Scoop, dia mengambil keputusan sedemikian kerana berasa semakin tidak larat dan sudah terlalu lama menghiburkan peminatnya.

“Jika dihitung, sudah 40 tahun saya dan Wings duduk di atas pentas menghiburkan orang dan sepanjang tempoh itu, saya tidak berpeluang merasai dunia remaja, tak merasa dewasa.

“40 tahun adalah suatu tempoh yang lama. Apa lagi nak cari? Dah taka da apa nak dikejar lagi. Saya fikir teruskan kehiodupan dengan berniaga, tengok anak yang membesar dan bersekolah.

“Anak yang dalam perut pun dah enam bulan. Bayangkan kalau 10 tahun akan datang, dia baru 10 tahun, saya dah 66 tahun. Nak buat apa lagi? Saya nak duduk pentas lagi… nak menjerit lagi dan mengejar yang bukan-bukan?,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Journey.

Menurut Awie lagi, sepanjang 40 tahun melibatkan diri dalam bidang seni, banyak perkara terpaksa dikorbankannya, termasuk melakukan apa sahaja perkara yang diingininya.

“Rutin saya kalau setiap kali buat persiapan menghadapi konsert besar, saya bangun pagi dan pergi ke gim. Habis gim saya makan, kemudian terus pergi studio untuk sesi latihan waktu siang, kemudian berehat untuk Maghrib dan malam sekali lagi sesi latihan.

“Saya juga tak boleh makan itu ini. Tak boleh nak sentuh durian. Saya tolak nikmat makan selama puluhan tahun sebab nak jaga energi, suara dan tidur nak kena cukup.
“Saya rasa cukuplah. Sekarang saya mahu beri balik masa yang hilang itu kepada keluarga saya. Bukan saya nak putuskan hubungan terus dengan dunia seni. Tapi, saya mahu keseimbangan masa antara kerja dan kehidupan peribadi,” katanya.

Jelas Awie lagi, perkara yang ingin dilakukannya selepas selesai tempoh bersama Wings nanti adalah menunggang motorsikal berkuasa tinggi miliknya.

“Saya nak ride (menunggang) dengan famili. Pergi bercuti dengan keluarga saya. Saya benar-benar mahu habiskan masa berkualiti dengan keluarga saya. Itu sahaja yang saya mahukan.

“Anak saya dua orang dah masuk universiti. Jarang nampak, jarang tengok. Bila diaorang ada program itu ini, saya tak dapat tengok. Anak saya seorang kat asrama, bila dia ada program sekolah, saya tak dapat tengok juga.

“Setiap minggu saya keluar pergi menyanyi, diaorang buat show kat sekolah saya tiada. Anak saya yang kecil di tadika, mereka buat konsert (tapi), saya tak ada sebab konsert,” katanya.

Ujarnya lagi, dia sedih apabila mengenangkan situasi dilaluinya itu.

“Faham tak! Saya tak dapat semua tu. Sedih tau. Walaupun anak-anak faham keadaan saya, tapi sebagai ibu bapa, kita sendiri terasa sebab tidak dapat buat macam mana bapa lain buat untuk anak mereka.

“Itupun nak tunggu sembilan tahun, rasa cukup lama. Hari-hari termenung,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related