Zaiton Sameon terkilan tidak lagi muncul di TV, ‘Orang dah lupakan saya ke?’

Penyanyi senior itu bagaimanapun berterima kasih di atas kunjungan Fahmi Fadzil baru-baru ini

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi senior, Zaiton Sameon mengakui sedikit terkilan apabila dirinya dilupakan dan tidak lagi diundang membuat persembahan untuk program televisyen.

Bercakap kepada Scoop, Zaiton berkata, walaupun pernah mengalami gangguan emosi susulan kemalangan ngeri yang dialami pada 1990 sehingga menyebabkannya lupa ingatan, dia masih berupaya menyanyi dan mengingati lirik lagu nyanyiannya.

“Memang saya sering diundang untuk menyanyikan satu atau dua lagu di beberapa acara keramaian kebelakangan ini. Namun, ia tidak sama dengan muncul di televisyen.

“Televisyen bagi saya penting sebab semua orang tengok dan saya mahu orang tahu saya masih boleh menyanyi dan membuat persembahan.

“Tapi, bila sekian lama saya tidak dipanggil untuk muncul di televisyen, ia membuatkan saya terfikir, adakah orang sudah melupakan saya.

“Sebab itulah saya selalu rasa lagu-lagu saya ada kaitan dengan diri saya, macam Diriku Yang Tersingkir dan Menaruh Harapan,” katanya ketika ditemui di kediaman anak angkatnya sempena Program Ziarah Seni Madani, baru-baru ini.

Zaiton Sameon bersama Fahmi Fadzil (kanan) dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez (kiri) di kediaman anak angkat Zaiton sempena Program Ziarah Seni Madani, baru-baru ini – Ellyna Ali/Scoop, 6 April, 2024

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Zaiton berkata, dia terharu apabila jurucakap Kerajaan Madani itu sanggup meluangkan masa bertemu dengannya melalui program tersebut.

“Ia satu penghormatan buat saya. Terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Fahmi yang begitu prihatin dengan artis-artis malang seperti saya. Setidak-tidaknya, ia membuatkan saya rasa gembira.

“Terima kasih juga kerana YB Fahmi ada memberitahu saya bahawa pihaknya akan cuba pastikan saya muncul dalam program di televisyen nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiton juga sempat bergurau dengan Fahmi apabila mengajaknya menyanyikan lagu Don’t Cry For Me Argentina bersama-sama.

Apabila Fahmi menyambut liriknya, Zaiton berkata, “You can sing!”

Fahmi sambil tersenyum berkata, beliau pernah menyertai kumpulan koir sewaktu di sekolah.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Zaiton berkata, dia akan menyambut meraikan hari kemenangan bagi umat Islam itu di kediaman anak angkatnya di Melaka.

“Saya juga akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung saya di Rembau, Negeri Sembilan untuk menziarahi pusara arwah ayah, ibu dan anak saya.

“Rumah pusaka di Rembau masih ada. Kakak saya yang duduk di situ sekarang ini,” katanya. – 6 April, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related