Pesawat dinaiki P Diddy tidak mendarat di Caribbean selepas rumah diserbu, ‘tiada maklumat dia berada di sini’

Diddy kini berdepan lebih banyak tuntutan sivil atas dakwaan melakukan pemerdagangan seks, penderaan seksual dan jenayah rogol

10:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Antigua dan Barbuda, Gaston Browne mengesahkan pesawat dinaiki penyanyi rap terkenal, Sean Combs atau lebih dikenali sebagai P Diddy tidak mendarat di pulau Antigua di Caribbean.

“Tiada maklumat yang boleh dipercayai bahawa dia berada di sini. Sebaliknya, dia tidak mendarat dengan penerbangan semalam ke Antigua,” katanya.

Khabar angin itu disanggah Browne selepas timbul laporan Diddy mungkin melarikan diri ke kepulauan tersebut.

Malah, beberapa penjejak pesawat berkata, jet peribadi Diddy mendarat di pulau Antigua Caribbean.

Pakar pengesan penerbangan persendirian, Jack Sweeney menyiarkan laluan sepatutnya jet Gulfstream, berlepas dari utara California sebelum berhenti di Los Angeles dan kemudian terbang ke Antigua pada jam 10:21 malam.

Sweeney bagaimanapun memetik sumber sebagai berkata, Diddy tidak berada di dalam penerbangan itu.

Sementara itu, wartawan Antigua, Elesha George mendakwa jet dinaiki Diddy pertama kali mendarat di Lapangan Terbang Codrington, Barbuda, sebelum meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang V.C. Bird di Caribbean.

Terdahulu, media melaporkan Diddy kini berdepan lebih banyak tuntutan sivil atas dakwaan melakukan pemerdagangan seks, penderaan seksual dan jenayah rogol.

Ejen persekutuan dengan pihak Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) menyerbu dua rumah penyanyi rap itu di Los Angeles dan Miami pada Isnin lalu ketika dia berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Pihak Keselamatan Dalam Negeri AS bagaimanapun tidak mengesahkan mengapa ia melakukan serbuan di dua kediaman Diddy, tetapi Associated Press melaporkan dua pegawai sebagai berkata, ia adalah bagi membantu siasatan kes pemerdagangan seks yang dikaitkan dengan penyanyi rap itu.

Pegawai Keselamatan Dalam Negeri memaklumkan, mereka akan mengeluarkan lebih banyak maklumat apabila siasatan sudah dilengkapkan.

Seorang peguam kepada Diddy, Aaron Dyer mengesahkan sebuan tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai “penggunaan kuasa peringkat tentera secara berlebihan.”

Dyder berkata, Diddy telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan tersebut.

Katanya, Diddy tidak ditahan dalam serbuan itu dan perjalanannya juga tidak disekat.

Diddy menghadapi beberapa tuduhan serangan seksual, baru-baru ini termasuk dakwaan penyanyi R&B, Cassie yang diselesaikan tahun lalu. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related