Kekalkan lagu rock dan cara nyanyian Mat Helang, Namie harap lebih dikenali dalam bidang nyanyian

Namie memberitahu, kerjaya seninya bermula dengan nyanyian tetapi takdir membawanya menjadi pelawak

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelawak, Najmi Shaharudin atau Namie, 27, berharap penglibatannya sebagai Mat Helang dalam program The Masked Singer Musim 4 (TMSM4) akan membuka lagi peluangnya untuk dikenali dalam bidang nyanyian.

Menurut Namie kepada Scoop, ramai yang kurang menyedari bahawa dia sebenarnya sudah lama terlibat sebagai penyanyi rakaman kecuali peminat-peminat sudah lama mengikuti perkembangan seninya dalam bidang nyanyian sejak lima tahun lalu.

“Saya sebenarnya adalah bekas guru muzik. Jadi, memang nyanyian adalah satu benda yang cuba saya ceburi satu ketika dahulu.

“Kalau tidak percaya, anda boleh pergi ke YouTube dan cari nama kumpulan Eksperiment Melody. Saya pernah keluarkan dua single iaitu Luka dan Hukum bersama band muzik ini.

‘Tapi, waktu itu rezeki belum sampai dan entah kenapa tiba-tiba, saya boleh bertukar menjadi pelawak pula. Saya sendiri pun pelik,” kata anak seni kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu.

Namie bagaimanapun mengakui, dia tidak pernah berasa putus asa untuk meneruskan minatnya di dalam bidang nyanyian.

Buktinya, dia telah berkolaborasi dengan Floor 88 melalui lagu Kong Kali Kong pada tahun lalu dan muncul dengan single solo berjudul Chegu kira-kira lima bulan yang lalu.

“Tapi, kalau lepas ini saya nak keluar dengan single baharu, saya kena fikirkan genre lagu yang betul-betul sesuai untuk pendengar baharu yang sudah mengikuti saya dalam TMSM4.

“Sebab sejak saya jadi Mat Helang di dalam program ini, dia ada peminat tersendiri. Boleh nak keluarkan lagu tapi yang menggambarkan Mat Helang terutama dari sudut cara nyanyian kerana itu yang membuatkan peminat jatuh cinta dengan maskot burung itu.

“Maknanya, saya kena tampil dengan lagu rock. Sebab bila saya buat uji kaji pada minggu terawal untuk membuat pemilihan lagu.

“Bila saya bawakan lagu rock dalam program ini, ia diterima. Tapi, bila saya cuba bawakan lagu yang catchy, ia tak diterima pula dan terus saya berada di dalam kedudukan tiga terakhir. Rupanya orang minat dia sebab mat rock leleh, lagu-lagu yang lentok atau tinggi-tinggi,” katanya.

Jelas Namie, setiap kali Mat Helang bawakan lagu rock, ia mencecah ribuan komen di TikTok, namun tidak ramai yang dapat meneka pemilik suara sebenar di maskot tersebut.

“Saya rasa hanya tiga orang yang meneka dengan betul. Yang lain, semua salah. Tapi, saya tak sedih sebab memang itu strategi saya iaitu untuk menipu semua orang.

“Itu yang terkeluar suara Mawi, bila dapat curi hati pendengar dengan suara Aepul Roza, saya cuba kekalkan saya ke pentas final, “ katanya. – 26 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related