Elak buat kenyataan bodoh, Zed Zaidi mahu selebriti kuasai ilmu komunikasi

Bagi artis yang berdepan dengan masalah atau isu kontroversi, mereka diharap tidak sewenang-wenangnya terus memberi komen atau kenyataan demi kenyataan

2:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Golongan selebriti tempatan diingatkan supaya sentiasa memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya melalui media sosial.

Bercakap kepada Scoop, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, bagi artis yang berdepan dengan masalah atau isu kontroversi, mereka diharap tidak sewenang-wenangnya terus memberi komen atau kenyataan demi kenyataan.

“Tolonglah, tolonglah jangan bagi komen atau bagi lagi kenyataan media. Lebih banyak anda cakap, lebih banyak anda cuba pertahankan isu itu, anda akan menampakkan lagi kebodohan anda,” katanya merujuk kepada kenyataan seorang pelakon wanita yang terpalit kontroversi seperti dikongsi di media sosialnya.

Zed Zaidi berkata, apabila seseorang itu menjadi artis atau selebriti, mereka harus memahami bahawa ia adalah satu kerjaya dalam bidang seni dan mereka juga adalah adalah ‘bakat’ produk dalam bisnes.

“Sebagai seorang ‘talent’ atau artis, kerjaya kita ini kena menghadap media. Malah, kita juga kena menghadap masyarakat. Jadi, ilmu komunikasi itu sangat penting.

“Kalau kita duduk di bawah pengurusan artis, setidak-tidaknya mereka ini yang akan tolong dan bantu bila kita perlu memberi atau mengeluarkan apa-apa kenyataan. Adakalanya, mereka ini yang akan tolong jawabkan bagi pihak artis itu sendiri.

“Tapi, bagi artis yang tak duduk di bawah pengurusan artis, mereka kena ambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai ilmu komunikasi kerana ia adalah salah satu elemen penting untuk seseorang itu menjadi selebriti atau artis,” katanya.

Menurutnya, jika golongan selebriti atau artis tidak pandai menjawab dalam memberikan kenyataan ketika menangani sesuatu isu atau kontroversi, maka akan timbullah seperti mana yang berlaku baru-baru ini.

“Mereka tidak sedar ada perkara yang mereka perlu cakap atau yang tidak. Mereka tidak sedar penggunaan bahasa yang digunakan.

“Adakalanya kita perlu menggunakan bahasa yang sedikit formal dan harus bercakap dengan cara yang berlapik lebih-lebih lagi sewaktu diwawancara media. Bukannya bercakap macam mereka (media) itu kawan-kawan lepak kita,” katanya.

Katanya, Seniman sendiri ada membuat beberapa kerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menganjurkan kursus jangka pendek melalui bengkel komunikasi. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related