Sering berlakon watak ibu jahat, ini jawapan Kak Engku, ‘Mungkin sayalah Normadiah zaman sekarang’

Kak Engku mengakui lebih memilih watak dan jalan cerita yang ditawarkan sama ada untuk drama atau filem

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Raja Azura atau Kak Engku menegaskan penglibatannya semula di layar perak hanyalah sekadar untuk melepaskan rindu berlakon serta bertemu rakan seindustri.

Atas sebab itu, Kak Engku berkata, dia ketika ini memang betul-betul ‘memilih’ watak serta jalan cerita yang ditawarkan sama ada untuk drama mahupun filem.

“Anak-anak saya pun dah besar. Ketiga-tiga mereka pun dah masuk universiti. Alhamdulillah, mereka sudah berada dalam keadaan selesa.

“Jadi, saya punya waktu untuk kembali semula ke dunia lakonan dan hiburan. Tapi, macam saya cakaplah, saya sekarang ini lebih memilih. Tidaklah hanya berlakon watak atau cerita sama sahaja.

“Dulu kita tidak boleh memilih sangat. Sebab waktu itu, kita kerja cari rezeki untuk besarkan anak-anak. Tapi, waktu di stesen radio dulu, saya kerja kuat dan ada menyimpan. Kalau tidak, rumah padam dek api,” katanya kepada Scoop.

Kak Engku antara barisan pelakon yang terlibat menjayakan drama bersiri 50 episod, Malang Si Puteri yang sudahpun ditayangkan di Slot Tiara, Astro Ria pada 11 Mac lalu.

Namun, dia juga antara barisan pelakon senior yang tidak lokek menurunkan ilmu lakonan kepada pelakon muda dan baharu.

Bak kata pelakon Hafreez Adam yang menjadi anaknya yang cacat bernama Sulaiman dalam drama bersiri itu, Kak Engku sering membantu memberikan ‘rasa’ dalam lakonan dan penyampaiannya.

“Kalau saya berpeluang bekerja dengan pelakon baharu, saya akan turunkan ilmu tanpa minta apa-apa bayaran pun. Itulah hadiah saya pada generasi hari ini, supaya mereka dapat jadi apa yang mereka mahukan.

“Dengan Hafreez pun, saya tak pernah minta apa-apa. Walaupun, adakalanya saya tiada di set yang sama dengan dia, saya tetap akan perhatikan dia melalui monitor. Saya hanya mahu berikan yang terbaik untuk semua kerana lakonan adalah satu kerja berpasukan.

“Dulu kita berada di puncak dan suatu hari nanti, kita akan berada di bawah dan bila kita berada di bawah, kita haruslah jadi pelakon yang boleh berkongsi ilmu dengan baik. Tapi, dengan pelakon baharu yang hormat kitalah, yang tak hormat kita itu lantaklah,” katanya.

Ditanya mengapa kebelakangan ini dia sering membawakan watak ibu jahat termasuk di dalam Malang Si Puteri, Kak Engku berkata, mungkin dia ingin menjadi ‘Normadiah’ zaman sekarang.

“Dulu kalau watak jahat selalu dapat kat Normadiah dan sekarang ini saya, walaupun ada juga watak ibu baik yang saya bawakan baru-baru ini.

“Tapi, entahlah, watak ibu jahat macam dah sinonim pula dengan saya. Watak jahat ini tak semestinya perlu menggunakan kekerasan. Jahat ini ada macam-macam cara yang boleh kita pelbagaikan,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related