Keadaan penyanyi Sheqal yang diserang strok dapat perhatian PM

Sheqal yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara itu, kini berkerusi roda selepas empat kali diserang strok

4:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan penyanyi era-90 an, Sheqal, 59, atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin yang kini menderita akibat penyakit strok telah mendapat perhatian dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheqal yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara itu, kini berkerusi roda selepas empat kali diserang strok.

Menerusi Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan bagi pihak beliau untuk membantu meringankan urusan harian dan perubatan Sheqal.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,’’ kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya.

Sheqal, yang dilahirkan di Pahang cukup popular dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional.

Media sebelum ini melaporkan Sheqal sudah tidak mampu bekerja lagi selepas mendapat serangan penyakit berkenaan. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related