Aina Abdul sembur 50ml minyak wangi ketika persembahan, satu pentas AJL38 harum semerbak

Wangian tersebut idea tambahan yang disuntik dalam AJL38 untuk mewujudkan suasana dan menyuntik deria bau penonton

6:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) malam tadi harum semerbak dengan minyak wangi yang dibawa oleh penyanyi Aina Abdul ketika membawakan lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’.

Bagi tujuan itu, Aina telah menyembur 50 mililiter (ml) minyak wangi buatan tempatan di atas pentas AJL38 di Axiata Arena malam tadi.

“Minyak wangi itu sebenarnya idea tambahan yang saya suntik dalam AJL38 sebab nak wujudkan suasana dan menyuntik deria bau penonton,’’ katanya tanpa menamakan jenis minyak wangi yang digunakannya itu.

Aina yang turut mencipta lagu Jangan Mati Rasa Itu, mendapat tempat ketiga pada final AJL38 dan berjaya memenangi trofi serta wang tunai sebanyak RM30,000.

Johan AJL 38 disandang oleh Amir Jahari menerusi karya nyanyian dan ciptaannya, ‘Hasrat’ dan melayakkannya membawa wang tunai bernilai RM100,000.

Tempat kedua milik Aisha Retno menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya, ‘Sutera’ sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Biarpun menampilkan aksi memukau, namun Aina gagal membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik yang dimenangi oleh Aisha Retno yang mendendangkan lagu nyanyian dan ciptaannya, Sutera. – Gambar Instagram, 4 Mac, 2024

Dalam persembahan malam tadi, Aina tampil dengan konsep ‘Tree Of Life’ dan membawa bersama daun, akar serta ranting kering di atas pentas bagi melambangkan kekukuhan hati meskipun disakiti.

“Walaupun pohon tidak subur dengan ranting keras mengering dan hampir mati, namun, akar di bawah tanah, masih menjalar dan mekar. Ia seperti hati yang terus kukuh mencintai biarpun jiwa tersakiti,” kongsinya.

Aina turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat tempat ketiga pada AJL38 dan mengakui, semua lagu yang dipertandingkan mempunyai kelebihan masing-masing.

Jelasnya, walau siapa pun yang memenangi pertandingan itu, dia tetap gembira.

“Kalau mahu katakan saya kecewa mendapat nombor tiga, itu maksudnya saya tidak bersyukur.

“Saya rasa semua lagu yang dipertandingkan kali ini mempunyai kelebihan masing-masing dan siapa juga pemenangnya, saya tumpang gembira,” katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related