‘Hasrat’ nyanyian, ciptaan Amir Jahari dinobat juara AJL38

Penyanyi itu dilihat menitiskan air mata ketika memberi ucapan kemenangan selepas diumum juara

12:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Buat julung kali, Amir Jahari merangkul trofi Juara Lagu apabila karya nyanyian dan ciptaannya, Hasrat mengungguli anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), malam ini.

Penyanyi itu dilihat menitiskan air mata ketika memberi ucapan kemenangan selepas diumum juara.

Kemenangan berkenaan melayakkan penyanyi kelahiran Sarawak itu memenangi trofi dan wang tunai bernilai RM100,000.

Gelaran naib juara menjadi milik Aisha Retno menerusi lagu nyanyiannya Sutera, iaitu karya hasil ciptaannya bersama MFMF, sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Persembahan mantap dan mengagumkannya turut membawa tuah kepada Aisha apabila dinobat pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Kemenangan itu melayakkan Aisha meraih trofi serta ganjaran wang tunai RM12,000.

Aksi ‘terbang’ Aisha Retno ketika menyampaikan lagu Sutera membolehkan penyanyi kacukan Melayu-Indonesia itu memenangi anugerah Persembahan Terbaik. – Gambar FB TV3 Malaysia, 4 Mac, 2024

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu dendangan dan ciptaan Aina Abdul.

Dengan kemenangan itu, Aina berjaya memenangi trofi serta wang tunai RM30,000.

Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep pokok dan hutan bergerak turut memberi kelebihan kepada Aina apabila diumum pemenang gelaran Vokal Terbaik, dengan melayakkannya menggengam trofi serta wang tunai RM12,000.

Aina juga dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama AJL 38, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu lain turut bertanding pada anugerah itu adalah Astana hasil karya Ernie Zakri, Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, Santai (Naqiu/Faizal Tahir), Inilah Jalannya (Masdo/ Noh Salleh), Darah (Marsha Milan/ Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) serta Kalam (Shiha Zikir/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat).

Tidak ketinggalan, Kucuma (Wany Hasrita dan AfiqShazqan/A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat), Bintang (Hael Hussaini) serta Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali/Amylea). – 4 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related