Demi Keluang Man, Nas-T amalkan diet protein dan kuasai silat, judo, jui-jitsu serta kick boxing

Nas-T juga berjaya turunkan berat badan daripada 78 kepada 73 kilogram

9:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebagai persiapan untuk menjayakan watak superhero Keluang Man, aktor Nas-T mengakui dia perlu menjalani latihan intensif selama empat bulan untuk menguasai empat jenis seni kemahiran mempertahankan diri.

Menurut Nas-T kepada Scoop, latihan seni kemahiran mempertahankan diri itu bukan sahaja memfokuskan kepada seni silat semata-mata tetapi juga judo, jui-jitsu serta kick boxing.

“Sebabnya, dengan cara ini kita dapat lihat kepelbagaian jenis seni mempertahankan diri untuk babak-babak aksi dan lawan.

“Sekarang ini latihan sudah pun memasuki empat bulan dan kita pun sudah memasuki latihan lompat dan jatuh supaya kita dapat elakkan diri daripada kecederaan sewaktu di lokasi penggambaran nanti.

“Memang latihan yang saya lalui ini agak berat dan keras. Latihan dilakukan selama tiga hingga empat kali dalam masa seminggu dan tiga jam untuk setiap sesi,” katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran kolborasi Keluang Man dan Wonda Cofee serta pengenalan Wall Climbing di kidZania, Kota Damansara.

Menurut Nas-T lagi, dia juga terpaksa menurunkan berat badannya supaya bersesuaian dengan saiz badan yang dikendaki pengarah untuk watak Keluang Man tersebut.

emi menjayakan watak Keluang Man dengan baik, Nas-T melakukan latihan tiga hingga empat kali seminggu dan tiga jam untuk setiap sesi. – Ellyna Ali/Scoop, 2 Mac, 2024

“Sebelum ini, berat badan saya adalah sebanyak 78 kilogram. Tetapi sekarang saya sudah berjaya turunkan sebanyak 73 kilogram.

“Selain melakukan latihan seni mempertahankan diri, saya juga mengamalkan diet protein dan tidak mengambil sebarang karbohidrat.

“Pengarah tidak meletakkan sebarang berat badan badan yang ideal. Asalkan badan saya tidak nampak terlalu besar atau sasa,” katanya.

Jelas Nas-T lagi, sekarang ini dia hanya perlu mengekalkan berat badannya yang sedia ada itu supaya dua dapat mengenakan kostum Keluang Man pada hari penggambaran nanti. – 2 Mac, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related