Bermula dengan mimpi, Joe Flizzow dedah proses menang dan kalah menjadi ikon hip hop dalam dokumentari This Is Johan

Namun Joe pada awalnya ragu-ragu jika ada yang benar-benar berminat mengikuti kisah hidupnya  

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun industri muzik tanah air mula mengenal rap dan hip hop menerusi kumpulan Nico pada awal 1990-an, namun tanpa Too Phat yang dianggotai Joe Flizzow dan Malique, tidak mungkin genre tersebut akan menjadi aliran muzik yang semakin dominan kini.

Namun perpecahan Too Phat dan keputusan Joe Flizzow serta Malique pada 2007 untuk membawa haluan muzik dan kerjaya seni masing-masing adalah sesuatu yang tidak dijangka dan pedih untuk diterima oleh peminat rap dan hip hop pada awalnya.

Pada masa yang sama, ia juga membawa suatu lembaran baru dalam perkembangan dan evolusi muzik hip hop di Malaysia khususnya apabila Joe Flizzow tampil dengan album solo pertama, Mr President pada 2008.

Menurut Joe, semuanya adalah mimpi, dan This Is Johan adalah cerita tentang mimpi itu. – Gambar PR, 1 Mac, 2024

Menerusi label yang diasaskannya iaitu Kartel Records sehinggalah dipertanggungjawab menguruskan Def Jam Asia, banyak yang telah dilakukan Joe Flizzow demi memastikan genre muzik hip hop terus berkembang serta mengikuti peredaran zaman dengan melahirkan bintang-bintang hip hop generasi baru dan muda yang punya signature dan kreativiti tersendiri.

Maka memang tidak hairanlah mengapa Joe Flizzow atau Johan Ishak digelar Godfather Hip Hop Malaysia. Namun, seorang ikon yang hebat seperti Joe Flizzow juga tidak terlepas daripada melalui jatuh bangun, cabaran dan rintangan sepanjang 26 tahun kerjaya sebagai penyanyi rakaman, komposer, penulis lirik dan produser muzik.

“Apa yang saya mahu lakukan ialah rap. Dari kecil saya hanya mahu berhibur. Mula-mula keluarga saya, kemudian kawan-kawan saya, blok, kejiranan, bandar, negara, rantau dan kemudian, dunia.

“Semuanya adalah mimpi, dan This Is Johan adalah cerita tentang mimpi itu. Ketawa, air mata, darah, peluh, kemenangan dan yang paling penting kekalahan.

“Tetapi yakinlah semuanya datang dari tempat yang baik dengan niat yang murni. Dan, insya-Allah akan sentiasa, saya berbesar hati untuk berkongsi cerita saya dengan anda,” katanya membuka cerita tentang projek dokumentari autobiografi mengenai dirinya yang diterbitkan Hotlink bersama Universal Muzik Group dan Viu.

Berkongsi pengalaman menjayakan dokumentari tersebut, Joe Flizzow yang telah mewakili Hotlink sebagai salah seorang duta sejak 2022 menyatakan, proses perfileman dokumentari itu telah dirakam secara santai.

“Harapan saya untuk dokumentari ini tidak terhad kepada catatan kisah kerjaya saya, tetapi juga sebagai inspirasi kepada bakal artis untuk menyuntik membara semangat dan merangkul kejayaan masing-masing.

“Untuk saya, ia adalah proses ‘menang atau belajar’, tiada istilah seperti kalah, tetapi belajar. Saya ingin penonton untuk melihat pengalaman manis dan pahit saya dan rasa bersemangat untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran yang mereka akan hadapi.

“Dokumentari ini menawarkan pandangan unik dalam kehidupan seseorang artis yang tidak sahaja melakarkan impak dalam industri muzik tempatan, tetapi juga perjuangan untuk memperoleh tempat dalam industri ini.

“Malah ia juga mempunyai sesuatu untuk semua penonton, baik peminat hip hop mahupun mereka yang gemar kisah-kisah tentang daya tahan terhadap cabaran hidup dan kreativiti,” tambah pemuzik rap tersebut.

Sementara itu, ibu kepada Joe Flizzow, Aishah Ali yang juga bekas pengarang di sebuah akhbar berkata, ketika ditemu bual mengenai perjalanan muzik anaknya itu, dia tidak menyangka ia akan dipaparkan dalam bentuk sebuah dokumentari penuh.

“Malah, Joe juga pada mulanya ragu-ragu jika ada yang benar-benar berminat untuk mengikuti kisahnya. Tetapi pihak Hotlink yang menaja projek ini mengatakan ia akan memberi inspirasi kepada belia untuk menggarap impian mereka,” katanya.

Dokumentari This Is Johan – Bikin Sampai Jadi (yang merupakan salah satu tajuk lagunya) yang mempunyai dua bahagian itu sudah mula ditayangkan di platform penstriminan Viu pada 29 Februari lalu. – 1 Mac, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related