Bila dah masuk usia 40 tahun, mood kita jadi lain, Abil akui lebih suka luangkan masa di rumah berbanding di luar

Kata Abil, atas sebab itu, jika tiada tawaran betul-betul menarik, dia akan mengambil peranan sebagai pelakon pembantu

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nabila Huda mengakui perubahan usianya yang sudah menginjak 40 tahun membuatkan dia lebih selesa memilih untuk meluangkan masa bersama suami dan anaknya, berbanding menghabiskan masa di luar rumah.

Menurut Nabila yang mesra disapa Abil kepada Scoop, meluangkan masa bersama suami dan anak di rumah dengan memasak, berborak serta melakukan apa sahaja aktiviti bersama adalah sesuatu yang menggembirakan dirinya.

“Bila dah masuk usia 40 tahun ni, mood kita jadi lain. Saya lebih suka luangkan masa dengan keluarga di rumah dan perkara yang kita lakukan dengan keluarga akan membuatkan kita rasa gembira.

“Memang buat kerja syuting itu membuatkan saya gembira. Tetapi, masa bersama keluarga gembiranya itu lebih berganda. Sebab, badan saya perlukan rehat.

“Kalau saya ambil watak utama, ia memerlukan masa panjang. Lebih-lebih lagi jika kita buat drama episod yang panjang. Badan saya dah tak boleh terima. Melainkan kalau skripnya best dan saya boleh bagi komitmen, kemudian saya boleh relaks dah.

“Kalau watak utama dalam filem, saya okay. Sebab kita tahu syuting filem akan mengambil masa sekurang-kurangnya 45 hari. Selepas itu, saya boleh berehat selama dua atau tiga bulan,” katanya.

Menurut Abil lagi, seandainya tiada tawaran betul-betul menarik, dia akan cuba fokus dengan kerja untuk membawakan watak sebagai pelakon pembantu dalam telefilem atau siri pendek.

“Walaupun ia hanya watak pelakon pembantu, tapi saya tetap akan bagi komitmen seratus-peratus. Begitu juga kalau saya tampil sebagai cameo. Saya tetap akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” katanya lagi.

Tambah Abil, tahun ini adalah tahun yang sibuk baginya dengan kerja lakonan dan dia juga banyak mengambil watak sebagai pelakon pembantu.

“Bila saya ambil job (peranan) sebagai pelakon pembantu, saya dapat teroka banyak karakter. Saya suka teroka karakter berbeza dan saya tidak mahu sesuatu karakter itu berada di dalam diri saya dalam tempoh waktu yang panjang.

“Macam watak pelakon pembantu, selalunya ia akan mengambil masa lima hari, 10 hari atau 15 hari, lepas itu kita dah boleh move on dah dan selepas itu kita dapat luangkan masa dengan keluarga,” katanya.

Abil adalah antara pelakon yang menjayakan drama bersiri Astro Originals, Project: Exit arahan Zulaika Zakaria bersama Shasha Abedul, Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Tengku Nur Kamalia dan Farah Ahmad.

Dalam drama yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Perak berkenaan, Abil memegang watak sebagai guru besar atau pengetua bernama Ibu Zan di sebuah pusat pemulihan akhlak. – 17 Februari, 2023

Gambar: Nabila Huda IG

Caption: Menginjak usia 40, Nabila Huda mengakui dia lebih selesa memilih untuk meluangkan masa bersama suami dan anaknya, berbanding menghabiskan masa di luar rumah

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related