Pernah hidap kanser usus tahap 3, Sarimah kini jaga pemakanan elak rawatan kimoterapi

Demi menjaga kesihatan diri, dia hanya mengambil makanan berkhasiat, berserat tinggi dan berorganik untuk terus pulih

3:29 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 82, mendedahkan dia menghidap kanser usus tahap tiga sejak dua tahun lalu, namun disahkan bebas daripada penyakit itu setelah menjalani pembedahan.

Menurut Sarimah, demi menjaga kesihatan diri, dia hanya menjaga dan banyak mengambil makanan berkhasiat, berserat tinggi dan berorganik untuk pulih.

“Saya memutuskan untuk tidak menjalani rawatan kimoterapi. Memang saya tak mahu. Disebabkan itu, saya hanya menjaga pemakanan.

“Misalnya mengambil salad, buah naga, avocado, madu, salad, telur ayam kampung dan beberapa kekacang. Kalau nasi pun hanya sesudu sahaja,” katanya sewaktu ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, hari ini.

Berkongsi simptom awal penyakitnya itu, bintang jelita yang masih kelihatan awet muda ini menjelaskan, pada awalnya dia mula mengalami sakit-sakit di bahagian abdomen.

“Rasa sakit tu dah lama ada. Sudah bertahun juga. Awalnya, saya sangka, ia hanya sakit biasa. Sehinggalah saya jatuh pengsan di bilik air. Ketika itu, kejadian itu berlaku di rumah.

“Kemudian anak bongsu membawa saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan selepas membuat pemeriksaan, doktor hanya memberikan saya ubat.

“Namun, ubat itu membuatkan keadaan saya jadi lebih teruk dan saya memutuskan untuk pergi ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bagi rawatan lanjut.

“Ketika itu, saya disahkan menghidap penyakit kanser kolon tahap tiga dan doktor memaklumkan saya perlu membuat pembedahan dengan segera,” jelasnya.

Menurut seniwati negara itu, beliau pernah disarankan agar menguar-uarkan penderitaannya kepada peminat dan khalayak ramai demi mendapatkan sumbangan, namun enggan berbuat demikian kerana tidak mahu menagih simpati. – Ellyna Ali/Scoop, 15 Februari, 2024

Dalam pada itu, teraju utama filem Ali Baba Bujang Lapok dan Madu Tiga ini memberitahu, beliau berhadapan masalah kewangan untuk membiayai kos rawatannya yang mencecah kira-kira RM60,000.

Sehubungan itu, ada pihak menyarankannya untuk menguar-uarkan penderitaannya itu kepada peminat dan khalayak ramai demi mendapatkan sumbangan.

“Tetapi saya tidak mahu. Kerana saya tidak mahu menagih simpati. Kebetulan, saya ada sedikit duit simpanan peribadi dan sudah mengeluarkannya untuk membiayai kos rawatan tersebut.

“Semuanya sudah selesai. Saya tidak mahu susahkan sesiapa. Saya tak mahu berhutang dengan sesiapa kerana tidak mahu ia akan menjadi ungkitan. Lagipun, saya tidak mahu cucu-cucu saya mendapat malu,” kata seniwati negara itu.

Terdahulu, Sarimah juga dilaporkan pernah menghidap kanser hidung pada 2011 tetapi sudahpun pulih. – 15 Disember, 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related