‘Dah 30 tahun kami bawa lagu macam ni’, bakal beraksi di DFP, Slam tidak kisah dilabel band kampungan

Dalam konsert di DFP ini nanti, Slam akan membawakan lagu yang jarang dibawakan dalam mana-mana persembahan

10:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Meskipun dilabel sebagai ‘band kampungan’ namun kumpulan Slam tidak berkecil hati malah berasa bangga kerana berpeluang beraksi di tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 8 Jun ini.

Malah vokalisnya, Zamani ketika ditemu bual Scoop mengakui bangga dengan label tersebut kerana sehingga saat ini, muzik mereka masih diterima ramai termasuk generasi baharu.

“Kami tidak kecil hati pun. Sebab, memang dah lama kami buat konsep yang macam itu dan selama lebih 30 tahun berada di dalam industri ini, memang kami dikenali dengan lagu-lagu sebegitu.

“Malah, kami rasa cukup bangga sebab muzik kami masih diterima dan gelaran band kampungan tidak menjadi masalah pada kumpulan ini,’’ katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Slam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC.

Zamani ketika ditemu bual Scoop mengakui bangga dengan label kampungan itu kerana sehingga saat ini, muzik mereka masih diterima ramai termasuk generasi baharu – Ellyna Ali/Scoop, 14 Februari, 2024

Sementara Shah selaku pemain gitar merangkap pengarah muzik Slam pula berkata, mereka tidak berdepan masalah apabila dilabel sebegitu kerana yang mendengar lagu-lagu mereka pun kebanyakan orang kampung.

“Orang Melayu memang suka lagu-lagu macam tu. Kalau bagi lagu yang terlalu moden, mungkin orang boleh dengar setahun dua. Tapi, kemudian mereka akan dengar balik lagu yang seperti ini.

“Apa yang penting, walaupun melodinya Melayu kampung yang mungkin ‘meleleh’ tapi kami tetap cuba buat susunan muzik yang moden dan menarik setiap kali buat show,” jelasnya.

Senada dengan Shah adalah Lili yang juga pemain bass kumpulan itu yang memberitahu komen yang diterima daripada peminat adalah positif.

“Sebab lagu-lagu kami bila dengar balik, memang ia terasa seperti terlalu dewasa. Jadi, apabila diberikan susunan muzik baharu, peminat betul-betul suka dan mereka harapkan agar kami akan teruskan dengan cara yang sebegitu. Alhamdulillah, tidak ada orang marah-marah pun,” tambahnya pula.

Slam menolak beraksi bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) kerana masa yang diberikan terhad, namun mereka akan mempersembahkan lagu-lagu yang jarang dibawakan beserta susunan muzik baharu – Gambar Instagram Dewan Filharmonik Petronas, 14 Februari, 2024

Mengulas mengenai konsert itu, Slam yang turut dianggotai Eddie selaku pemain keyboard dan Man (pemain dram) mengakui sangat teruja untuk beraksi di dewan penuh prestij itu buat julung kalinya.

“Dah lama kami tunggu peluang ini. Akhirnya dapat juga dan kami anggap ia satu penghargaan yang besar buat kami.

“Memang pihak DFP ada tawarkan kami untuk beraksi bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), namun kami akhirnya mengambil keputusan untuk tidak melakukannya.

“Sebabnya, durasi persembahan yang diberikan adalah sekitar 1 jam 30 minit. Kalau kami buat persembahan bersama MPO, kami terpaksa buat susunan muzik yang baharu dan lagu-lagu yang kami persembahkan pun akan jadi terhad.

“Jadi, kami ambil keputusan beraksi dengan band kami sahaja dan memandangkan yang datang pada konsert ini nanti peminat hard core, jadi kami akan cuba bawakan lagu-lagu yang jarang kami bawakan dalam mana-mana persembahan.

“Antaranya adalah Bukan Niat Membalas Derita, Terasing Dalam Sepi, Malam dan Semalam, Suratan serta Warna Kehidupan,” kata Shah lagi. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related