Lisa Blackpink terjun ke dunia lakonan, bakal bintangi drama bersiri The White Lotus musim ketiga

Lisa jadi anggota kedua Blackpink terbabit dengan drama bersiri terbitan HBO selepas Jennie

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga ahli kumpulan K-Pop, Blackpink, Lisa Manobal bakal terjun ke dunia lakonan apabila namanya diumumkan sebagai seorang daripada pelakon drama bersiri terbitan HBO, The White Lotus 3.

Musim terbaru The White Lotus dikhabarkan bakal menjalani penggambaran di Thailand Februari ini, melibatkan beberapa lokasi seperti Bangkok, Phuket dan Koh Samui.

Bagaimananapun, watak Lisa dan plot musim terbaru drama terbabit, masih belum didedahkan.

Sebelum ini seorang lagi anggota Blackpink, iaitu Jennie turut membintangi drama bersiri terbitan HBO berjudul The Idol yang ditayangkan pada Jun 2023.

Selain Lisa, The White Lotus 3 akan turut dibintangi Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Christian Friedel, Scott Glenn dan ramai lagi.

Menjengah ke ruangan komen akaun Instagram rasmi HBO, ramai netizen sudah tidak sabar untuk menonton musim terbaru The White Lotus yang dijadualkan tayangannya pada November depan.

“Penyertaan Lisa dalam drama The White Lotus 3 pasti akan menaikkan ‘rating’ drama ini nanti. Tahniah kepada pengarah atas pemilihan pelakon,” tulis salah seorang netizen.

Drama The White Lotus berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dan memenangi banyak anugerah antaranya di Anugerah Emmy dan Golden Globes. – 13 Februari 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

A modern mufti: Anwar Ibrahim’s vision of Islamic leadership – Tuan Muda 

The prime minister needs the right candidate to journey with him on his reform agenda 

Related