KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memang seorang yang gemar melakukan ‘photoshoot’ setiap kali menjelang apa sahaja perayaan di Malaysia tidak terkecuali sambutan Tahun Baharu Cina.
Terbaru menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia telah berkongsi fotonya berbaju tradisional Cina berwarna merah lengkap dengan aksesori di kepala dan kipas tangan sempena dengan Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini.
Namun kata Che Ta, rupa-rupanya baju yang digayakannya itu merupakan baju untuk pengantin.
“Beria-ia bersiap nak pergi beraya. Sekali baju kahwin Cina rupanya. Nak pergi kahwin dengan apek mana pula ni?
“Michael Ang, betul ke baju yang kami (saya) pakai ni baju kahwin?” Soalnya di bahagian kapsyen.
Selain Che Ta, anaknya, Aaisyah Dhia Rana turut dilihat bergaya memakai busana tradisional masyarakat Cina.
Sementara itu, netizen tetap memuji kecantikan aktres berusia 51 tahun itu biarpun dia tersalah pakai baju pengantin. – 10 Februari, 2024